Terkini1

Justin Bieber Ditahan Tiada Lesen Memandu

Justin Bieber Ditahan Tiada Lesen Memandu
Justin Bieber


LOS ANGELES - Justin Bieber hari ini ditahan kerana tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merah dan memandu tanpa lesen.
Penyanyi remaja berusia 19 tahun itu diarah keluar dari kereta Ferrari putih jam 4.30 pagi berdekatan rumahnya di Calabasas, Los Angeles, demikian menurut jurucakap LA County Sheriff, Steve Whitmore.

“Saya tidak tahu berapa kali diditahan kerana memandu, namun dia mempunyai kesalahan lampau," katanya merujuk kepada tabiat Bieber yang sering melanggar undang-undang.
Pada Jun lalu, polis Los Angeles menyiasat satu kemalangan membabitkan kereta yang dipandu Bieber melanggar jurugambar tetapi tiada tuduhan dibuat.
Pada Mei pula, keluar bintang pop Michael Jackson mendakwa Bieber memandu secara merbahaya di kawasan kediaman eksklusif Calabasas.
Bieber, yang dilahirkan di Kanada membeli rumah di Calabasas pada Jun lalu, demikian menurut laman web majalah selebriti, TMZ. - AF
P

Berpakaian Ketat, Fida Dimaki Hamun Peminat

Berpakaian Ketat, Fida Dimaki Hamun Peminat
FIDA


Nampaknya memang laman Instagram menjadi tempat terbaik untuk peminat melahirkan segala macam kutukan, kritikan dan makian kepada selebriti tanah air sejak kebelakangan ini.
Terbaru, penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim telah dikecam hebat oleh sesetengah pengikutnya di laman perkongsian gambar popular itu apabila dia mengenakan pakaian ketat dalam sebuah sesi 'photoshoot'.

Dengan berpakaian gaun berwarna silver dan turban hitam, pakaiannya itu dilihat tidak selaras tuntutan menurut aurat dalam Islam.
FIDA1
FIDA2
Bagi penulis, tak salah sekiranya hendak memberi sebarang komen, tetapi bahasa yang digunakan haruslah sopan dan bertertib kerana masyarakat di sini memang terkenal dengan ketinggian budi bahasa yang menjadi budaya kita.
Jadi, apa salahnya gunakan bahasa yang lebih elok dan sopan supaya si artis itu tidak tersinggung dengan komen anda kan.
Dan diharapkan Fida dapat belajar sesuatu daripada perkara ini supaya dirinya tidak lagi menjadi mangsa cemuhan peminat di luar sana.

GEMPARR !!! PELAKON MALAYSIA DI TAHAN POLIS LA

Sekeping gambar terbaru Aaron Aziz dilihat sedang ditanah oleh polis trafik LA. Mengejutkan juga, namun semuanya itu hanyalah "lakonan" beliau bersama polis tersebut. Menurut info, Aaron Aziz sebenarnya sedang honeymoon bersama isteri kesayanganya di LA. Jom tengok gambar beliau semasa disana...






Aksi Lana Nordin dan Zarina Anjoulie buat peminat muntah


Aksi Lana Nordin dan Zarina Anjoulie buat peminat muntah - Nampaknya penampilan terkini Lana Nordin dan Zarina Anjoulie telah membuat ramai peminat mereka di laman Instagram hampir muntah dan terasa geli.

Bukan kerana aksi Lana Nordin yang menjadi penyumbang utama tetapi kerana gaya penampilan Zarina yang dikatakan terlalu over terutamanya make-up pada mukanya. Ada antara peminat yang tersalah pandang hingga menyangkakan Zarina adalah Jehan Miskin yang dipakaikan make-up ala-ala pondan.

Apapun bagi admin, kedua-dua aktres ini memang cantik dan cukup menarik perhatian. Lana Nordin tetap dengan daya tarikannya kepada jejaka di luar sana.


Stacy Memeluk Islam! Al-hamdulillah!



Allahuakbar, sudah Islam Stacy , kini namanya Nur Aisyah Rabiah, sebagai insan ke-216 memeluk Islam sepanjang misi dakwah ini. Beliau dipimpin syahadah oleh Nur FarHana Ambiang sebentar tadi di Keningau.
Nur Aisyah tertarik memeluk Islam apabila sering melihat abangnya, Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu. Alhamdulillah.


Peminat Pertikai Cara Fasha Sandha Dukung Bayi

Peminat Pertikai Cara Fasha Sandha Dukung Bayi

Fasha Sandha 1
Jika sebelum ini cara pelakon terkenal, Fasha Sandha memandikan bayi serta berpantang dipertikaikan oleh peminat, terbaru aktres ini sekali lagi dikritik gara-gara mendukung putera sulungnya, Rayfal secara mengiring di bahagian sisi dan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Fasha beberapa hari lalu, terdapat segelintir peminat telah mempertikaikan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayinya, sehingga isu tersebut menimbulkan perbalahan antara pengikut-pengikutnya di laman Instagram.

Fasha Sandha
Cara Fasha mendukung bayinya, Rayfal
Setiap individu mempunyai cara serta pendapat mereka sendiri dalam soal mendidik anak-anak dan mungkin disebabkan itu, tidak semua peminat bersetuju dengan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayi comelnya.
Jika dilihat daripada respon peminat, ada segelintirnya merasakan cara Fasha itu tidak salah dan ianya dilihat sebagai satu perkara normal bagi seorang ibu mendukung anak tersayang.
Fasha Sandha Insta
Bagaimanapun, bagi OHBULAN! sendiri, tidak salah cara Fasha mendukung anaknya, asalkan perkara tersebut tidak mendatang kecederaan serta kesakitan pada bayi comel tersebut.
Apa pun, untuk semua peminat, jom layan beberapa foto bahagia keluarga Fasha Sandha selepas ini.

Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Kahwin Tahun Hadapan

Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Kahwin Tahun Hadapan
Kalau diikutkan, esok juga saya ingin berkahwin dengan uqasha tapi banyak pula proses yang perlu diselesaikan. Lagipun ia bukan perkara main-main dan saya sangat berharap hubungan kami akan ke jinjang pelamin.Alhamdulillah. Lega hati Abang Nara mendengar perancangan yang telah diaturkan oleh pasangan kekasih ini. Pastinya Uqasha Senrose lebih berbunga-bunga hatinya apabila Pekin memaklumkan mereka berdua bakal berkahwin tahun hadapan. Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua.
pekin ibrahim kahwin
Berkata kepada Sinar Harian hari ini, Pekin bercerita mengenai perancangannya bersama Uqasha. Kata Pekin:-

Sebenarnya saya tak pernah terfikir untuk kahwin. Tetapi sejak terpandang Sha di pejabat MIG, saya terus ajak dia berkahwin. Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala saya ketika itu. Apabila jumpa dia, saya terus sedar dialah calon isteri terbaik untuk saya.
Julai lalu saya telah merisik Uqasha dan ia boleh dikira sebagai majlis pertunangan kami secara tak rasmi. Dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa setahun lagi.
pekin
Harap-harap perancangan Pekin dan Uqasha akan menjadi kenyataan. Yang penting, sudah ada perancangan. Nampak sikit keseriusannya di situ. Artis lain bercinta bagai nak rak tapi bila tanya bab kahwin semua pun mengelak. Hehehe. Untunglah Uqasha dapat kekasih yang memandang jauh ke hadapan. Semoga hubungan anda terus kekal bahagia sehingga majlis perkahwinan kelak.

Fizo Omar Tunggang Motosikal Di Litar Sepang

Fizo Omar Tunggang Motosikal Di Litar Sepang
Fizo Omar

PETALING JAYA – Pelakon Fizo Omar memperluaskan hobinya sebagai penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan menunggangnya di litar Sepang, dekat sini.
Fizo, 28, berkata, dia mula mempelajari teknik berlumba di litar dengan cara yang betul bersama pelumba-pelumba sebenar.
“Saya belajar menunggang motosikal di litar Sepang dengan kawan-kawan saya yang memang seorang pelumba motosikal profesional. Ia hanyalah sekadar suka-suka dan tiada niat saya untuk menyertai mana-mana perlumbaan.

“Apa yang saya dapat adalah satu kepuasan yang berbeza berbanding menunggang motosikal dia jalan raya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Tambah Fizo, cabaran terhadap aktiviti tersebut iaitu perlu memberikan fokus yang tinggi ketika berada di litar menjadikan dia seorang yang lebih berdisiplin.
“Banyak yang saya belajar tentang teknik berlumba dan perkara paling penting ialah tumpuan yang lebih ketika berada di litar.
“Dengan itu juga ia sedikit sebanyak menjadikan diri saya seorang yang sentiasa peka dan berhati-hati,” katanya.
Tambah Fizo lagi, sejak menyertai aktiviti tersebut beberapa bulan lalu, dia meluangkan masa hampir setiap minggu untuk menunggang di litar. – mStar Online
Iklan Teks: 

Pelakon Sebenar VS STUN MAN

Pelakon Sebenar VS STUN MAN | Dalam pembinaan sesebuah aksi film perlakon dan stun man atau @ stun women amat penting. Pelakon sebenar digunakan kerana wajah mereka yang hensem dan cantik  serta berbakat dalam bidang lakonan tetapi stun man atau stun women hanya tahu beraksi dengan aksi-aksi yang merbahaya sahaja.

Berikut adalah wajah-wajah STUN MAN OR STUN WOMEN bagi beberapa pelakon terkenal hollywood.

Pelakon Sebenar VS STUN MAN

Pelakon Sebenar VS STUN MAN

Pelakon Sebenar VS STUN MAN

Pelakon Sebenar VS STUN MAN

Pelakon Sebenar VS STUN MAN

Pelakon Sebenar VS STUN MAN

Pelakon Sebenar VS STUN MAN

Pelakon Sebenar VS STUN MAN

Pelakon Sebenar VS STUN MAN

Sanggup buka tudung untuk menyertai uji bakal 'On Air'


Salam sejahtera... Ada peserta wanita yang sanggup buka tudung untuk jadi popular (glamour). Selain itu, ada juga yang sanggup tidur di dalam kereta semata-mata untuk mendapat borang peryertaan uji bakat 'Program Realiti ON AIR' oleh ASTRO. Betapa murahnya iman mereka ini.

Kata Aznil Nawawi dalam kolumnya di HM, 12 Februari lalu mendedahkan gelagat peserta-peserta dalam rancangan realiti On Air yang kini sedang disiarkan di Astro. Kata Aznil, ada yang terus menunggu walaupun borang yang dikhususkan untuk uji bakat itu telah habis diedarkan. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menyertai program itu.

Yang paling mengejutkan, Aznil juga mendedahkan ada peserta bertudung yang gagal dalam uji bakat pada hari pertama sanggup menanggalkan tudung untuk  mencuba nasib pada hari kedua uji bakat.



p/s: betapa hebatnya penangan program realiti yang mampu membuat mereka popular sehinggakan mereka terlupa pada pencipta-Nya. 

Comments