Terkini1

Johan Belikan Beg Tangan Mewah BIRKIN Yang Harganya Lebih RM200,000 Untuk Isteri?

Johan Belikan Beg Tangan Mewah BIRKIN Yang Harganya Lebih RM200,000 Untuk Isteri?

 Johan Belikan Beg Tangan Mewah BIRKIN Yang Harganya Lebih RM200,000 Untuk Isteri?
Di sebalik kerjayanya sebagai seorang pelawak, tiada siapa menyangka Johan Raja Lawak ini merupakan seorang suami yang romantik terhadap suri hatinya, Ozlynn.
Menerusi Metro Ahad, Johan dilaporkan sanggup berhabisan suntuk memenuhi impian isterinya memiliki sebuah beg berjenama mewah Birkin yang hanya mampu dimiliki oleh golongan-golongan tertentu sahaja.

Mana tidaknya, harganya boleh mencecah RM200,000!
Wah beruntung Ozlynn dapat suami penyayang macam Johan kan.
103789267_3249162_article_imageimagearticle
Cakap sahaja, terus dapat. Yelah, mungkin Johan mahu membalas jasa isterinya yang juga menjadi pengurusnya.
Tugas Ozlynn sebagai pengurus bukannya mudah, dia perlu sentiasa menemani suaminya ke hulu ke hilir dalam usaha untuk memastikan kerjaya suaminya itu sentiasa berjalan lancar dari masa ke semasa.
Oleh: FAHMI EL-MUHAMMADY

Gambar ‘Mesra’ Dengan Anak Menteri – Saya Yang Gatal Tangan ‘Upload’, Kata Nora

Gambar ‘Mesra’ Dengan Anak Menteri – Saya Yang Gatal Tangan ‘Upload’, Kata Nora

Gambar 'Mesra' Dengan Anak Menteri - Saya Yang Gatal Tangan 'Upload', Kata Nora

Peminat dunia hiburan kini sedia maklum yang Nora Danish sedang berkawan rapat dengan Nadeem Nazri & hubungan mereka yang dipaparkan secara terang terangan melalui laman sosial ini pastinya mengundang pelbagai spekulasi & persepsi.
Selepas bersama sama bercuti ke Bali, Indonesia tidak lama dahulu Nadeem Nazri sekali lagi mengikut perjalanan keluarga Nora Danish ke luar negara dan kali ini untuk melawat saudara aktres itu yang berada di Myanmar.

Nora Danish menjelaskan yang asalnya merancang untuk pergi tiga orang & semua perempuan — Nadeem Nazri menawarkan diri untuk pergi sebagai teman memandangkan keadaan di Myanmar yang tidak tenteram ketika ini.
“Dia (Nadeem Nazri) bersama sepupu dia temankan kami sebagai menjaga keselamatan kami. Sekurang kurangnya kalau ada orang lelaki dengan kami, rasa selamat lah sikit,” jelasnya.



Menyentuh tentang gambar mesra mereka yang sering di’kongsi di Instagram, Nora Danish berkata beliau tidak akan salahkan peminat jika membuat kesimpulan sendiri mengatakan dirinya & Nadeem Nazri kini sedang bercinta.
“Saya tak salahkan peminat kalau nak kata saya bercinta dengan Needim. Lagipun, gambar-gambar kami banyak di Instagram. Saya yang gatal tangan nak upload gambar gambar itu”, jelas Nora Danish sambil berseloroh.
Oleh kerana Nora Danish tidak kisah, boleh kiranya anda semua kini nikmati gambar perjalanan aktres ini bersama Nadeem Nazri ke Myanmar baru baru ini. Enjoice! -Rotikaya.com
57-Gambar-Mesra-Nora-Danish-Tidak-Kisah-Akan-Persepsi-Orang-Ramai-ROTIKAYA
52-Gambar-Mesra-Nora-Danish-Tidak-Kisah-Akan-Persepsi-Orang-Ramai-ROTIKAYA
48-Gambar-Mesra-Nora-Danish-Tidak-Kisah-Akan-Persepsi-Orang-Ramai-ROTIKAYA
Gambar 'Mesra' Dengan Anak Menteri - Saya Yang Gatal Tangan 'Upload', Kata Nora

(GAMBAR) NORA DANISH PAMER 'LOVE BITE' PADA TUBUHNYA?

Nora Danish sekali lagi mencetuskan persoalan kepada peminat-peminatnya apabila memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya.

Dalam gambar tersebut, Nora kelihatan bersahaja sambil mengangkat lengannya. Pada bawah lengannya kelihatan seperti kesan gigitan. Ktika posting ini ditulis, hampir 107 komen dihantar oleh peminat-peminatnya untuk gambar ini.


Masing-masing bertanyakan apa yang terjadi, ada yang cuba meneka, malah ada yang mempunya pendapat sendiri. Ada yang menulis Nora terlalu obses dengan filem Conjuring, dan ada pula beranggapan ianya merupakan gigitan cinta a.k.a love bite.


Namun, Nora seperti biasa, tidak akan merespon pada setiap komen peminatnya. Mungkin beliau lebih seronok melihat kekalutan peminat-peminatnya membuat tekaan.

Syarikat Sediakan Khidmat Pembantu Rumah Bogel ?




Seorang lelaki memulakan perniagaan yang didakwanya sebagai unik di bandar di Indiana ini. Lelaki berkenaan yang meminta namanya tidak disiarkan berkata, syarikatnya, Fort Wayne Dust Bunnies menawarkan khidmat pembantu rumah kepada pelanggan tetapi kerja membersih akan dilakukan secara bertelanjang.

Pembantu rumah itu hanya dibenarkan melakukan kerja ringan seperti membasuh pinggan mangkuk, permaidani dan membersihkan habuk. Pelanggan dikenakan bayaran sebanyak AS$60 (RM180) sejam untuk hari biasa dengan waktu kerja minimum dua jam.

Setiap pembantu rumah itu akan diiringi seorang pengawal keselamatan dan pelanggan tidak dibenarkan menyentuh wanita berkenaan.

Pemilik syarikat itu berkata, pembantu rumah itu memperoleh pendapatan kira-kira AS$30 (RM90) sejam. Jurucakap Majlis Bandar Raya Fort Wayne, Frank Suarez berkata, pihaknya tidak mempunyai cara untuk menghalang perkhidmatan seumpama itu.

Pelajar Bermesra Dan Berpelukan Di Belakang Bas (4 Gambar)

Pelajar Bermesra Dan Berpelukan Di Belakang Bas.

Mana nilai moral remaja sekarang? Dalam pakaian sekolah pun nak peluk dalam bas awam. APTB.





Scha Al-Yahya Menghidap Kanser Pangkal Rahim



Pelakon dan pengacara terkenal, Scha Al-Yahya dikhabarkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam rahimnya awal September yang lalu.

Doktor mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.

“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.

“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya memetik laporan Metro Ahad.

Selepas menjalani pembedahan itu, doktor menyarankan pelakon kelahiran Kedah ini untuk berehat selama sebulan namun disebabkan beliau tidak boleh duduk diam, Scha hanya bercuti selama dua minggu sebelum kembali bertugas seperti biasa. 

Gambar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite


Gambar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite - Tahniah kepada pasangan selebriti Adam AF dan Fiza Elite yang baru sahaja selamat bergelar suami isteri sah dengan sekali lafaz sekitar jam 10.40 pagi tadi di kediaman pengantin perempuan.


Di bawah ini admin sertakan beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite yang dilihat berlangsung dengan cukup meriah. Kredit kepada portal rotikaya dan beautifulnara.





Yasmin Hani Di Kritik Gara-Gara Gambar Maternity Tersebar


Yasmin Hani Di Kritik Gara-Gara Gambar Maternity Tersebar | Yasmin Hani suatu ketika dahulu pernah mengemparkan dunia hiburan tanah air dengan beberapa gambar yang kurang sejuk mana memandang namun fanomena yang sama menimpanya sekali lagi apabila gambar Materity tersebar dilaman web Forum Cari

Mengikut berita yang kami terima gambar ini tidak ada didalam laman sosial milik beliau dan akibat daripada gambar ini dia telah dikritik dengan hebat oleh masyarakat termasuk yang mengkritik adalah admin sendiri bagi kami ceritaapakah menghias perut sewaktu mengandung ini adalah satu kerja yang kurang cerdik sebab x de kebaikan pun. anak dalam perut tu x kan jadi baik dengan hanya melukis diatas perut silap hari bulan anak tu menangis dalam perut

Yasmin Hani Di Kritik Gara-Gara Gambar Maternity Tersebar

Yasmin Hani Di Kritik Gara-Gara Gambar Maternity Tersebar

Yasmin Hani Di Kritik Gara-Gara Gambar Maternity Tersebar

Yasmin Hani Di Kritik Gara-Gara Gambar Maternity Tersebar

Nad Elak Digandingkan Dengan Bekas Kekasih

Nad Elak Digandingkan Dengan Bekas Kekasih

Nad Zainal

Al-kisahnya pelakon yang sedang rancak mencipta nama Nad Zainal dikatakan pernah bercinta dengan pelakon Amar Asyraf yang kini sudah pun bergelar suami kepada suri hatinya, Arna Salleh.
Nad sebelum ini mencetuskan kekecohan apabila dikatakan meninggalkan lokasi penggambaran apabila mengetahui gandingannya adalah Amar yang merupakan bekas kekasihnya sebelum ini.

Menjelaskan mengenai perkara itu kepada Metro Ahad, Nad berkata dia sudah pun memohon maaf dan mengakui kesilapan datang daripadanya kerana tidak bertanya terlebih dahulu kepada pihak produksi berkaitan perkara tersebut.
Malah syarat tidak mahu digandingkan dengan bekas kekasihnya itu turut diaplikasikan kepada teman lelakinya kini, iaitu seorang pelakon baru, Azwan Kombos.


Walaupun mengerti banyak penerbit mahu menggandingkannya dengan Azwan dalam karya terbaru mereka, namun Nad enggan berbuat demikian kerana ingin mengelakkan sebarang cerita kurang enak yang mungkin dijadikan bahan orang luar untuk menfitnah hubungan rapatnya dengan Azwan.

Mungkin betul juga langkah yang diambil oleh Nad ini, tapi sayanglah, mungkin ada peminat di luar sana yang mahu melihat gandingannya bersama Amar dan Azwan di kaca televisyen.
Tak gitu?
Oleh: FAHMI EL-MUHAMMADY

Cute!! Pembaca Berita Berhijab Pertama di US

Noor Tagouri ialah seorang hijabi yang berasal dari Maryland USA. Remaja berusia 19 tahun ini mencatat sejarah apabila menjadi pembaca berita wanita muslimah pertama di stesen televisyen utama Amerika Syarikat. Beliau bertukas sebagai pembaca berita di ABC 7 News. 


CHRISTIANO RONALDO MENGHAFAL SURAT AL-FATIHAH?




"Saya sudah mula menghafal Al-Fatihah..mungkin nanti saya akan meminta dia (Özil) untuk ajarkan saya berwudhuk." -Cristiano Ronaldo

"Ronaldo selalu menunggu saya selesai solat di bilik rehat..saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji."-Mesut Özil

Sekiranya Cristiano Ronaldo masuk Islam, ini akan dapat  mempengaruhi peminat-peminatnya untuk masuk Islam kerana  peminat kepada Cristiano Ronaldo pasti ingin mengetahui dan mengkaji mengapa Pemain bola sepak yang terkenal di seluruh dunia menganuti agama Islam, dengan kajian itu pasti peminat akan tertarik dengan Islam serta menganuti agama Islam dengan sukarela kerana ALLAH. Sesungguhnya agama yang benar adalah ISLAM.

Semoga dibukakan pintu hati Cristiano Ronaldo untuk menerima Islam.

GAMBAR: Anak Dara Rosyam Noor, Cun Melecun Tue


Cantik, menarik, tertarik dan memang da boom betullah gambar-gambar anak dara Rosyam Noor nie. Sekali tengok bukan macam anak ngan bapak pun ada gak. Macam adik ngan abang. Dah besar-besar belaka dah anak-anak Rosyam nie. Mungkin abang Rosyam kita dah bersiap sedia untuk menerima menantu? Ada sesiapa berani nak cuba nasib?

anak dara rosyam noor
Lagi gambar anak dara Rosyam Noor dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
anak dara rosyam noor
anak dara rosyam noor
anak dara rosyam noor
anak dara rosyam noor
anak dara rosyam noor
anak dara rosyam noor
anak dara rosyam noor
Sumber: beautifulnara

Gambar Ashraf, Dayana Bahagia Bercuti Di Genting Highlands

Gambar Ashraf, Dayana Bahagia Bercuti Di Genting Highlands

ashraf

Nampaknya, Ashraf Muslim benar-benar berusaha untuk menjaga keharmonian rumahtangganya. Dan, usahanya itu wajar dipuji.

Buktinya jika sebelum ini tersebar gambar dia bercuti bersama isteri pertamanya, Noor Dayana di Sabah, kini terdapat pula gambar dia bersama Dayana menghabiskan masa bersama di pusat peranginan Genting Highlands, penghujung Ogos lalu.


Jika diilihat pada gambar-gambar ini, Ashraf dan Dayana kelihatan gembira bersama.
Justeru, sebagai orang luar sudah tiba masanya berhenti bercerita tentang rumah tangga mereka dan meluahkan perasaan sakit hati terhadap Ashraf yang bertindak menambah isteri sedangkan Dayana sendiri kelihatan reda dan tidak melatah.

Apa pun, semoga Ashraf berjaya mengemudikan rumah tangganya sebaik mungkin seterusnya memberikan kebahagiaan kepada setiap pasangannya di dunia dan akhirat. –REM RAMZI

ashraf3
ashraf5
ashraf7
ashraf8
Sumber: FAHMI EL-MUHAMMADY

Zizan Razak Buka Perniagaan Burger

Zizan Razak Buka Perniagaan Burger

Zizan Razak

Selepas pelakon Fizo Omar berjaya dengan perniagaan francais burgernya, kini tiba giliran pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan yang sama.

Zizan dilaporkan telah membuka rangkaian restoran menjual burger iaitu Burgerbyte yang terletak di Damansara Perdana, Sentul dan Senawang.
Dikhabarkan juga cawangan Burgerbyte akan dibuka Sri Iskandar, Perak dalam masa terdekat ini.


Buat peminat setia Zizan, jangan lupa mengunjungi restorannya itu nanti ya, untung-untung Zizan sendiri yang akan melayan anda pada hari tersebut.

Zizan Razak1
Zizan Razak2
Oleh: FAHMI EL-MUHAMMADY

Rita Rudaini Bawa Anak Bercuti Di Sabah

Rita Rudaini Bawa Anak Bercuti Di Sabah

Rita Rudaini

Selepas kemelut mengenai rumah tangga selesai beberapa minggu lalu, pelakon jelita Rita Rudaini telah mengambil kesempatan membawa kedua orang heronya bercuti di sebuah pulau di Sabah, baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti air seperti selam skuba dan snorkeling dilakukan Rita bersama anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2 tahun.
Rita dipercayai bercuti di Pulau Kipalai, Sipadan bermula dari Selasa lalu.
Mungkin percutian ini adalah salah satu terapi yang bagus untuk Rita melupakan segala permasalahan yang pernah melanda dirinya sebelum ini.


Diharapkan pelakon kelahiran Perlis ini tidak lagi memandang masa silamnya serta terus cekal dalam membesarkan cahaya matanya sehingga berjaya di dunia dan akhirat kelak.
Apa-apa pun jom layan dulu gambar pemandangan cantik yang sempat dikongsikan Rita sepanjang percutian singkatnya itu.

Rita Rudaini 1
Rita Rudaini 2
Rita Rudaini 3
Rita Rudaini 4
Oleh: FAHMI EL-MUHAMMADY

Black: Kenapa Tanya Tentang Status Isteri Saya?

Black: Kenapa Tanya Tentang Status Isteri Saya?

KUALA LUMPUR, 17 SEPT 2013: Anak didik penyanyi dangdut Mas Idayu, Black Hanifah, 26, berasa pelik dan hairan tatkala diajukan soalan tentang status isterinya yang dikhabarkan seorang janda sebelum gadis pilihan hatinya itu disahkan menjadi isterinya pada 13 September lepas.

"Kenapa nak tanya soalan begini kepada saya? Soalan ini tidak masuk akal langsunglah. Isteri saya bukanlah seperti yang dikhabarkan," ujar Black ketika dihubungi murai.com.my petang tadi.

Dalam pada itu, Black juga ingin memperbetulkan tanggapan masyarakat yang mengatakan bahawa isterinya iaitu Naquia Yasirah atau Cira adalah anak saudara kepada pelakon Datin Paduka Umie Aida.


"Saya nak betulkan sedikit kenyataan media. Cira bukanlah anak saudara kepada Umie Aida tetapi dia adalah anak saudara kepada suami Datin Paduka Umie Aida iaitu Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan.

"Umie telah hadir ke majlis resepsi sebelah perempuan pada malam 13 September bersama suaminya. Dari awal lagi, saya pun sudah dimaklumkan bahawa dia tidak akan hadir pada majlis resepsi keesokan harinya kerana dia sibuk.

"Saya tidak kisah perkara tersebut kerana saya lebih mementingkan keluarga terdekat yang hadir. Apapun, saya bersyukur segalanya berjalan lancar," jelas Black yang bercuti dari nyanyian sehingga penghujung September ini.

Mengulas mengenai destinasi bulan madu, Black masih lagi mempunyai pilihan yang pasti. Sebaliknya, selepas majlis yang diadakan selama tiga hari berturut itu, Black bakal ke Langkawi untuk berehat saja dan bukannya berbulan madu. 

Gambar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan


Gambar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan - Kehadiran pelakon tersohor Rosyam Nor dalam filem KL Gangster 2 dengan memegang peranan sebagai ketua kongsi gelap cukup membuatkan admin teruja untuk menantikan penayangan filem arahan Syamsul Yusuf itu pada 3 Oktober ini.




Digelar sebagai Tailong dalam filem berkenaan, populariti Rosyam sudah pastinya kembali melonjak naik selepas dua tahun menyepi dari menerima sebarang tawaran berlakon filem. Kini kehidupan peribadi penerbit itu turut sama kembali menjadi perhatian blog-blog hiburan serta para penulis cerita sensasi.

Antara perkara yang paling dicari orang ramai berkaitan diri Rosyam Nor ialah gambar-gambar isterinya yang dikatakan amat cantik, sopan dan masih muda. Cuba korang tengok dua keping gambar isteri Rosyam di bawah, cantik tak? Bagi admin, isteri penerbit Program Pilih Kasih itu memang terlebih cantik.



Shila Hamzah dituduh sebagai PEMBUNUH!





Berita panas yang mungkin bakal disensasikan atas sebab-sebab kelogikan dan boleh jadi kes jenayah juga. Baru-baru ini ada seorang Twitter yang mengakui dirinya sebagai @kami_anti (dalam erti kata lain anti kepada Shila Hamzah) dimana account ini menyatakan yang Shila seorang pembunuh. Eik? apa sebab ni.
Ceh cerita-cerita. Akaun ini telah dibuat pada majlis AJL 26 yang lalu, dan ini dilakukan atas usaha membela kawannya yang mana meninggal dunia akibat sebuah pergaduhan kerana Shila. Tidak dapat disahihkan kebenaran cerita ini memandangkan dahulunya akaun ini adalah bekas peminat Shila dan kini melemparkan pelbagai tuduhan yang kurang pasti asas dan motifnya untuk membenci Shila Hamzah.

Yang peliknya, akaun Twitter pula dijadikan tempat tuduh menuduh, p la balai polis buat laporan kalau itu menjadi satu berita yang benar, dan diselesaikan di mahkamah.

Selena Gomez Malu Besar Kain Terselak




BOSTON – Penyanyi pop, Selena Gomez mendapat malu besar apabila kainnya terselak hingga menampakkan sebahagian alat sulitnya.
Kejadian itu berlaku ketika dia membuat persembahan secara langsung di AMP Radio Birthday Bash di sini.
Kesilapan itu berlaku selepas kain yang dipakai Selena itu terselak selepas ditiup angin ketika dia menyanyi biarpun dia berulang kali cuba menutup belahan gaun yang dipakainya.
Kain itu terselak selepas Selena bergerak ke seluruh pentas dan mengangkat tangan.
Dia juga sesekali berpusing membelakangi penonton dan menunjukkan bahagian belakang badannya.
Selena bagaimanapun dilihat berada dalam keadaan mood yang baik dan tidak menunjukkan wajah cemburu biarpun timbul khabar angin bahawa bekas kekasihnya, Justin Bieber  sedang menjalin hubungan romantik dengan seorang pelayan Las Vegas, Jordan Ozuna.
“Selena melakukan banyak perkara termasuk meluangkan masa dengan ibu dan adiknya yang baru lahir selain menghabiskan masa dengan rakan-rakannya.
“Dia kini sudah berubah dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan Bieber, malah Selena tidak langsung mengenali gadis tersebut,’’ kata satu sumber
.

GEMPAR BERAPI : APABILA PRAMUGARI MAS & AIR ASIA BERTUDUNG

GEMPAR BERAPI : APABILA PRAMUGARI MAS & AIR ASIA BERTUDUNG
Apabila Pramugari Air Asia dan MAS Bertudung  | Berhijab Dan Bertudung Ialah Tuntutan Agama Yang Paling Wajib Dilakukan Individu Beragama Islam.
Pramugari  pekerjaan yang dianggap popular dan Kelas tertinggi sering menampilkan uniform mencolok mata, apatah lagi jika syarikat penerbangan itu berasal dari sebuah negara Islam yang majoriti pramugarinya terdiri dikalangan wanita Islam. Bertambah sesuai andai mereka menunjukkan sensitiviti dalam etika berpakaian terutamanya bagi perjalanan ke Mekah, Jeddah (Haji) dan acara-acara tertentu.
4HeKtj0 Apabila Pramugari Air Asia dan MAS Bertudung Tb7gBoJ Apabila Pramugari Air Asia dan MAS Bertudung

Bukti daripada gambar-gambar di atas, sebenarnya tiada masalah pun untuk mereka yang bekerja dalam profesion/sektor ini untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wanita Muslim. Alangkah bagusnya jika pemakaian ini berterusan dan tidak bersifat semusim atau untuk waktu-waktu tertentu sahaja.

Pablo Aimar Ikat Kontrak 5 Tahun Dengan Johor FA

Pablo Aimar Ikat Kontrak 5 Tahun Dengan Johor FA

FW296284_JB06_140913_PABLO_AIMAR-scr

JOHOR BAHRU – Bekas pemain bola sepak antarabangsa Argentina, Pablo Aimar telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan pasukan Johor Darul Takzim.


Aimar yang pernah menyarung jersi beberapa kelab bola sepak terkemuka Eropah seperti Valencia, Real Zaragoza, and Benfica, berkata projek permainan bola sepak yang ditawarkan oleh Johor FA amat sukar untuk ditolak.

“Saya mahu terlibat dengan sukan bola sepak bukan sekadar dengan bermain tetapi dengan memberikan semula kepada komuniti terutamanya golongan kanak-kanak,” katanya pada sidang media yang diadakan di Staidum Larkin pada Sabtu.

Sementara itu, Presdein Johor FA, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata adalah satu penghormatan kepada Aimar untuk bermain di Malaysia.
“Dia (Aimar) juga akan menjadi sebahagian akademi skuad junior,” katanya. – mStar

RESPON NAJWA LATIF MENGENAI VIDEO BUDAK BARU COUPLE SEMINGGU

RESPON NAJWA LATIF MENGENAI VIDEO BUDAK BARU COUPLE SEMINGGU
Najwa Latif Respon Video Budak Baru Couple Seminggu – Beberapa minggu lalu, heboh diperkatakan mengenai video ‘Budak Baru Couple Seminggu yang dirakam oleh seorang gadis bertudung litup yang baru berusia 14 tahun buat kekasihnya sempena seminggu mereka bergelar pasangan kekasih.

Najwa Latif Respon Video Budak Baru Couple Seminggu

Ekoran gadis tersebut menyanyikan lagu Najwa Latif, timbul pula spekulasi yang mengatakan penyanyi Cinta Muka Buku ini menjadi sumber inspirasi kepada remaja yang masih dibangku sekolah untuk melakukan perkara-perkara sebegini.
Menurut Najwa, beliau sendiri masih belum berkesempatan untuk menonton video tersebut dan dia mengakui ada mendengar akan video tersebut.
“Saya ada dengar mengenai video itu namun saya masih belum berkesempatan untuk menontonnya.” ujarnya.
Tambahnya lagi, beliau tidak boleh komen lebih lanjut mengenai tindakan gadis tersebut.
“Bagi saya itu terpulang kepada mereka yang menilai dan saya tidak boleh komen mengenai video tersebut atau apa yang telah dilakukan gadis itu.
“Mengenai lagu saya yang dinyanyikan pula, ia adalah lagu bertajuk Sahabat dan rasanya ia tidak merujuk kepada teman lelaki atau pun kekasih. Mungkin ia ditujukan kepada sahabat namun terpulanglah kepada siapa yang dimaksudkan,” jelasnya.
Untuk makluman pembaca, Najwa kini menyambung pengajian di Universiti Tun Abdu Razak (UNITAR) di peringkat Asasi dalam bidang Pengurusan.

Comments