BOSTON – Penyanyi pop, Selena Gomez mendapat malu besar apabila kainnya terselak hingga menampakkan sebahagian alat sulitnya.
Kejadian itu berlaku ketika dia membuat persembahan secara langsung di AMP Radio Birthday Bash di sini.
Kesilapan itu berlaku selepas kain yang dipakai Selena itu terselak selepas ditiup angin ketika dia menyanyi biarpun dia berulang kali cuba menutup belahan gaun yang dipakainya.
Kain itu terselak selepas Selena bergerak ke seluruh pentas dan mengangkat tangan.
Dia juga sesekali berpusing membelakangi penonton dan menunjukkan bahagian belakang badannya.
Selena bagaimanapun dilihat berada dalam keadaan mood yang baik dan tidak menunjukkan wajah cemburu biarpun timbul khabar angin bahawa bekas kekasihnya, Justin Bieber sedang menjalin hubungan romantik dengan seorang pelayan Las Vegas, Jordan Ozuna.
“Selena melakukan banyak perkara termasuk meluangkan masa dengan ibu dan adiknya yang baru lahir selain menghabiskan masa dengan rakan-rakannya.
“Dia kini sudah berubah dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan Bieber, malah Selena tidak langsung mengenali gadis tersebut,’’ kata satu sumber
.
.
0 Komentar