Selepas kemelut mengenai rumah tangga selesai beberapa minggu lalu, pelakon jelita Rita Rudaini telah mengambil kesempatan membawa kedua orang heronya bercuti di sebuah pulau di Sabah, baru-baru ini.
Pelbagai aktiviti air seperti selam skuba dan snorkeling dilakukan Rita bersama anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2 tahun.
Rita dipercayai bercuti di Pulau Kipalai, Sipadan bermula dari Selasa lalu.
Mungkin percutian ini adalah salah satu terapi yang bagus untuk Rita melupakan segala permasalahan yang pernah melanda dirinya sebelum ini.
Diharapkan pelakon kelahiran Perlis ini tidak lagi memandang masa silamnya serta terus cekal dalam membesarkan cahaya matanya sehingga berjaya di dunia dan akhirat kelak.
Apa-apa pun jom layan dulu gambar pemandangan cantik yang sempat dikongsikan Rita sepanjang percutian singkatnya itu.
Oleh: FAHMI EL-MUHAMMADY
0 Komentar