Al-kisahnya pelakon yang sedang rancak mencipta nama Nad Zainal dikatakan pernah bercinta dengan pelakon Amar Asyraf yang kini sudah pun bergelar suami kepada suri hatinya, Arna Salleh.
Nad sebelum ini mencetuskan kekecohan apabila dikatakan meninggalkan lokasi penggambaran apabila mengetahui gandingannya adalah Amar yang merupakan bekas kekasihnya sebelum ini.
Menjelaskan mengenai perkara itu kepada Metro Ahad, Nad berkata dia sudah pun memohon maaf dan mengakui kesilapan datang daripadanya kerana tidak bertanya terlebih dahulu kepada pihak produksi berkaitan perkara tersebut.
Malah syarat tidak mahu digandingkan dengan bekas kekasihnya itu turut diaplikasikan kepada teman lelakinya kini, iaitu seorang pelakon baru, Azwan Kombos.
Walaupun mengerti banyak penerbit mahu menggandingkannya dengan Azwan dalam karya terbaru mereka, namun Nad enggan berbuat demikian kerana ingin mengelakkan sebarang cerita kurang enak yang mungkin dijadikan bahan orang luar untuk menfitnah hubungan rapatnya dengan Azwan.
Mungkin betul juga langkah yang diambil oleh Nad ini, tapi sayanglah, mungkin ada peminat di luar sana yang mahu melihat gandingannya bersama Amar dan Azwan di kaca televisyen.
Tak gitu?
Oleh: FAHMI EL-MUHAMMADY
0 Komentar