Terkini1

Liyana Jasmay Risau Berat Badan Tak Bertambah

Liyana Jasmay Risau Berat Badan Tak Bertambah

Liyana

Aktres yang mula dicungkil bakatnya menerusi filem ‘Castello’, Liyana Jasmay, 25, menyatakan kerisauannya kerana berat badannya tidak bertambah walaupun dia sedang hamil 14 minggu hasil perkahwinannya dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari yang lalu.
“Kini kandungan saya telah memasuki usia 14 minggu dan saya risau kerana berat badan saya tidak bertambah dengan banyak. Bertambah pun cuma satu atau dua kilogram sahaja. Sebelum ini, semasa kakak saya hamil, saya nampak pertambahan berat badannya dengan ketara. Namun begitu, saya telah berjumpa dengan doktor dan dia berpesan supaya saya jangan risau kerana apa yang penting sekali ialah kandungan saya membesar dengan sihat,” jelas Liyana ketika ditemui di majlis pelancaran lagu runut bunyi filem ‘Papadom 2′ di Red Box Sogo, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Liyana juga menceritakan yang kini dia mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan.
“Sebelum ini saya seorang yang kuat makan nasi, tapi sekarang kalau saya makan nasi dengan kuantiti yang banyak, saya akan muntah. Jadi, kadang-kadang jika saya teringin, saya akan mengambil nasi tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Baru-baru ini pun saya muntah apabila saya makan cekodok,” cerita Liyana lagi.

Selain itu, Liyana juga juga akan memperlahankan aktiviti lakonannya sepanjang kehamilan. Dia akan fokus kepada beberapa promosi filem lakonannya yang bakal ditayangkan dan Liyana akan menguruskan beberapa kerja belakang tabir untuk penerbitan drama-drama di bawah produksi miliknya iaitu Mermaid Studios.
Dalam perkembangan lain, Liyana juga bakal memasuki studio rakaman untuk merakamkan beberapa buah lagu untuk album terbarunya.
“Saya suka menyanyi. Jadi saya akan buat album seterusnya. Kali ini album itu akan memuatkan lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan untuk beberapa buah drama. Mungkin saya akan merakamkan sebanyak dua buah lagu sebulan, tapi semuanya bergantung kepada keadaan. Saya juga berminat untuk merakamkan satu lagu khas untuk anak saya kelak,” ujar Liyana mengakhiri perbualan. – gua.com.my

Mengaku Mabuk Di Twitter Sebelum Langgar Orang

Mengaku Mabuk Di Twitter Sebelum Langgar Orang

Mengaku Mabuk Di Twitter Sebelum Langgar Orang
Kurang tiga jam selepas memuatnaik status di Twitter bahawa dia terlalu mabuk untuk peduli tentang apa pun yang bakal berlaku, seorang wanita melanggar mati dua wanita lain dalam satu kemalangan jalan raya.
Kayla Mendoza, 20, dari Hallandale Beach, Florida menulis “2 drunk 2 care” sebelum memandu dalam keadaan mabuk hingga tersilap memasuki laluan bertentangan di Sawgrass Expressway.
Kereta Hyundai Sonata yang dipandu Kayla kemudiannya merempuh Toyota Camry dinaiki Marisa Catronio, 21, dan rakannya, Kaitlyn Ferrante, 20.
Dalam kejadian pagi Khamis lalu, Marisa mati serta merta di tempat kejadian manakala Kaitlyn meninggal dunia di hospital.
Siasatan mendapati Kayla yang menggelar dirinya “Pothead Princess” memang kaki mabuk malah dia sering berkongsi pengalaman mengambil alkohol dan dadah di laman Twitter.
Hingga kini Kayla masih berada dalam keadaan kritikal namun sekiranya dia terselamat, tentu banyak pengajaran yang boleh diambilnya daripada insiden yang telah berlaku ini. -REM RAMZI

kayla22n-1-web drunk2
drunk3
Mengaku Mabuk Di Twitter Sebelum Langgar Orang
drunk9
drunk10

Gadis yang dilanggar Kayla sampai mati:
drunk5
drunk7

VIDEO: Transformasi Kembar Hodoh Jadi Cantik


VIDEO: Transformasi Kembar Hodoh Jadi Cantik 
Korea merupakan negara di mana pembedahan plastik amat sinonim dengan wanita di sana.
Malah pernah dilaporkan sebelum ini, amat payah untuk menemui artis sana yang tidak melakukan apa-apa pada wajah dan tubuh mereka.
Televisyen seolah-olah menyokong perkara ini apabila terdapat program TV yang menunjukkan bagaimana wanita boleh bertukar menjadi amat cantik setelah menjalani pembedahan plastik.
Salah satu rancangan TV tersebut bertajuk ‘Let’s Beauty’ yang membantu mengubah kes-kes wajah yang terlalu hodoh menjadi menawan bagi mengembalikan keyakinan diri individu terbabit.
Salah satu kes yang mendapat perhatian adalah sepasang kembar yang menerima tajaan bagi mengubah wajah mereka.
Tak dapat dinafikan, hasilnya amat menakjubkan!
Lihatlah sendiri transformasi kembar yang mendapat tajaan bagi mengubah wajah mereka seperti kes di bawah ini.
SEBELUM
Fullscreen capture 11232013 25156 PM
before    before1

SELEPAS
after  after1


twin2
twin3

Di bawah pula, video menyaksikan transformasi salah seorang kembar ini. Memang dahsyat perubahannya, bukan sahaja dari segi wajah malah fizikal juga. – REM RAMZI


VIDEO: Transformasi Kembar Hodoh Jadi Cantik
Korea merupakan negara di mana pembedahan plastik amat sinonim dengan wanita di sana. Malah pernah dilaporkan sebelum ini, amat payah untuk menemui artis sana yang tidak melakukan apa-apa pada wajah dan tubuh mereka. Televisyen seolah-olah menyokong perkara ini apabila terdapat program TV yang menunjukkan bagaimana wanita boleh bertukar menjadi amat cantik...
Korea merupakan negara di mana pembedahan plastik amat sinonim dengan wanita di sana. Malah pernah dilaporkan sebelum ini, amat payah untuk menemui artis sana yang tidak melakukan apa-apa pada wajah dan tubuh mereka. Televisyen seolah-olah menyokong perkara ini apabila terdapat program TV yang menunjukkan bagaimana wanita boleh bertukar menjadi amat cantik setelah menjalani pembedahan plastik. Salah satu rancangan TV tersebut bertajuk 'Let's Beauty' yang membantu mengubah kes-kes wajah yang terlalu hodoh menjadi menawan bagi mengembalikan keyakinan diri individu terbabit. Salah satu kes yang mendapat perhatian adalah sepasang kembar yang menerima tajaan bagi mengubah wajah mereka. Tak dapat dinafikan, hasilnya amat menakjubkan! Lihatlah sendiri transformasi kembar yang mendapat tajaan bagi mengubah wajah mereka seperti kes di bawah ini. SEBELUM

Ustaz Azhar Idrus Penyebab Pierre Andre Berhijrah

Ustaz Azhar Idrus Penyebab Pierre Andre Berhijrah

PIERREE

 Umum sudah mengetahui bahawa pelakon dan pengarah Pierre Andre telah pun berhijrah ke arah yang lebih baik dengan mendalami ilmu agama.
Pierre juga kini lebih tertumpu di bidang belakang tabir dengan mengarahkan filem-filem terbitan Metrowealth (MIG) seperti Highland Tower dan terbaru, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!
Pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui pelakon cameo filem tersebut iaitu Ustaz Azhar Idrus merupakan salah satu sebab yang menyumbang kepada faktor penghijrahannya.
“Dia seorang pendakwah yang hebat dan saya sendiri banyak mengikuti ceramahnya terutamanya di sekitar Kuala Lumpur. Ceramahnya berpengaruh dan menjadi antara penyebab perubahan diri saya,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Filem ke-86 terbitan MIG ini membariskan pelawak Shahrul Shiro dan Ajak Shiro yang membawakan watak pemuda yang tidak mempunyai haluan hidup dan tiada pegangan agama tetapi sepakat untuk kembali ke pangkal jalan selepas beberapa insiden.

OLEH : ALEX RIC

(18 GAMBAR) Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim

(18 GAMBAR) Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim

Perkenalan singkat mereka membawa kepada ikatan perkahwinan. Begitulah cerita pelakon Fizo Omar dengan wanita yang sering dilihatnya dalam iklan tudung Fareda, Mawar Abdul Karim. Duta tudung Fareeda itu yang juga anak kepada pengasasnya, telah selamat menjadi isteri Fizo dengan sekali lafaz pada jam 9.32 pagi tadi.

 photo 1462537_10152034617529414_219462090_o.jpg
 photo 1417585_10152034618109414_1961228280_o.jpg

Untuk makluman anda, majlis ini turut dibantu oleh ramai pelakon antaranya Datuk Rosyam Noor, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Fahrin Ahmad dan Kamal Adli yang segak berbaju melayu hitam dan bersamping songket yang membawakan dulang hantaran bagi pihak Fizo Omar ke majlis pernikahan.

Majlis pernikahan Fizo dan Mawar diadakan di rumah pengantin perempuan di Country Heights, Kajang dan dihadiri kira-kira 300 tetamu.

 photo 1402345_10152034617674414_1346282826_o.jpg
 photo 1410757_10152034618314414_220735927_o.jpg
 photo 1402303_10152034617394414_79637301_o.jpg
 photo 1400488_10152034618064414_498562569_o.jpg
 photo 1400765_10152034617804414_512932151_o.jpg
 photo 1397905_10152034618339414_1467081667_o.jpg
 photo 1397265_10152034617489414_990239261_o.jpg
 photo 1398198_10152034618429414_1914301302_o.jpg
 photo 1008823_10152034618244414_158046099_o.jpg
 photo 966717_10152034617769414_647503991_o.jpg
 photo 859849_10152034617354414_2077381813_o.jpg
 photo 919211_10152034617364414_875815685_o.jpg
 photo 906768_10152034617954414_1963315216_o.jpg
 photo 901382_10152034617959414_2050766374_o.jpg
 photo 920486_10152034618229414_2069167645_o.jpg

 photo 891580_10152034618519414_1959668522_o.jpg

Comments