Terkini1

Fizo Melamar Siap Buat Video Klip.

Fizo Melamar Siap Buat Video Klip.


Fizo dan Mawar

Seperti yang diketahui semua, pelakon popular Fizo Omar, 28, bakal menamatkan zaman bujangnya pada 10 November ini.
Fizo bakal dinikahkan dengan anak pengasas jenama tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim, 23, yang dikenalinya sejak setahun yang lalu.
Pasangan sama cantik sama padan itu akan dinikahkan di rumah Mawar yang terletak di Country Heights, Kajang dan menurut perancangan mereka juga akan bertunang sehari sebelum hari pernikahan berlangsung.
Fizo juga tidak terkecuali membuat kejutan buat Mawar apabila telah melamar gadis pilihannya itu di panggung wayang sambil disaksikan rakan media dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Jom saksikan video lamaran khas Fizo buat suri hatinya, Mawar.
Oleh:  ALEX RIC

Gambar Adi Putra Sebelum Dan Selepas Terkenal


Gambar Adi Putra Sebelum Dan Selepas Terkenal | Siapa tidak kenal dengan artis kacak ini dan memiliki badan tegap iaitu Adi Putra yang sangat menyinar dalam drama percintaan dan juga aksi. Beliau sangat berbakat dalam drama percintaan dan aksi stunt di dalam KL Gangster.

Zubir Bipop Keterlaluan Dalam Isu Aeril-Wawa?

Zubir Bipop Keterlaluan Dalam Isu Aeril-Wawa?

Zubir Bipop Keterlaluan Dalam Isu Aeril-Wawa?
SEBAGAI seorang wartawan hiburan senior seharusnya Zubir menunjukkan sikap profesional ketika menjalankan tugasnya.
Ini sebaliknya terjadi apabila dikatakan berlaku sedikit ketegangan semasa sesi sidang media Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal yang diadakan di Neo Damansara, semalam.
Majlis itu diadakan oleh pasangan tersebut untuk menjelaskan kisah perkahwinan kontroversi yang sebelum ini berjaya dibongkar oleh akhbar sisipan mingguan Berita Harian, Bipop.
Zubir juga meluahkan perasaannya menerusi laman Instagram dengan menggelar kedua-dua pelakon muda itu sebagai munafik dan jahil dalam hal agama berkaitan isu panas itu.
Pada pandangan peribadi penulis, di mana letaknya nilai etika seorang wartawan dalam diri Zubir dan siapa dirinya untuk mempersoalkan Aeril dan Wawa sebagai jahil dan munafik?
Seharusnya Zubir bermuhasabah diri dan tidak terus menghentam pasangan ini.
Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini, sama juga dengan anda Zubir.
Jadi tak perlulah anda menjadi Tuhan dengan menghukum kesilapan orang lain yang langsung tiada kena-mengena dengan diri anda.
Di bawah ini merupakan keterangan yang ditulis Zubir menerusi laman Instagramnya:

Lahar gunung berapi pada sidang media #aerilzafrel & @waw4_zainal petang tadi gara2 sikap munafik kedua2 artis berkenaan selama ini.

Tetap salahkan @davidteo99 kerana takut dimarahi sebab kahwin pada awal karier, sekaligus khuatir masa depan bersama #mig sebab langgar kontrak. Tapi musykil sebab nikah dua (2) kali, selain terpaksa menipu selama ini sebab menghormati permintaan wawa.
Wawa pernah guna nama Allah untuk menipu media, masyaAllah maafkan suami isteri yang nyata jahil bab2 agama. Anyway SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA. Amin tq pada @rajamawar atas kiriman gambar @jane_mig @fizahamad @azaharihamid

Gambar terkini majlis perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel (8 Photo)

Gambar terkini majlis perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel - Kerana takut dan menghormati kontrak yang sama-sama telah dipersetujui dengan MIG Metrowealth, Wawa Zainal mengambil jalan mudah dengan menyembunyikan status perkahwinannya dengan Aeril Zafrel.

Semalam merupakan kemuncak kepada kemelut mereka berdua apabila akhirnya telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan dakwaan Majalah BiPop Ahad lalu berkenaan pernikahan mereka pada 4 Februari lalu dan kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Apapun, semuanya sudah berakhir dan Wawa Zainal kini sudah mampu menarik nafas lega. Cuma, dia perlu berjumpa dengan David Teo bagi menjernihkan hubungan mereka berdua dan kembali berlakon seperti sebelum ini. Di bawah ini ialah beberapa keping gambar perkahwinan mereka berdua yang berlangsung sebanyak dua kali.







Wawa Zainal Bersama Keluarga



Susulan kontroversi yang timbul mengatakan Wawa Zainal sudah berkahwin dengan aktor, Aeril Zafrel tersebar, peminat hiburan tempatan makin menggali cerita tentang pelakon cantik ini.


Wawa yang diminati ramai selepas membintangi banyak drama dan filem terbitan Metrowealth antaranya Hantu Dalam Botol Kicap dan Tiga Temujanji mempunyai kerjaya lakonan memberangsangkan malah pernah dinobatkan sebagai Artis Terbaru Wanita Popular ABPBH 2012.

Wawa bagaimanapun mula menghilangkan diri sejak Februari dan Mac lalu atas alasan pulang ke kampung di Sabah untuk berubat penyakit misteri.

Kehilangannya mencetuskan tanda tanya hinggalah sebuah akhbar tempatan melaporkan minggu lalu, Wawa dan Aeril sebenarnya sudah bernikah pada 4 Februari dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos 2013.



Aeril kemudiannya menafikan isu pernikahan ini dan berjanji akan menjelaskan situasi sebenar pada Jumaat (hari ini). Sama-samalah kita nantikan apa cerita sebenarnya.

Apa pun, susulan kontroversi ini makin ramai peminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang Wawa termasuk siapa keluarganya.

Di sini, kami kongsikan gambar Wawa bersama keluarga untuk tatapan anda. Sweet kan?

Walau apa pun yang sudah terjadi, semoga Wawa akan terus tabah.

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Artis ni Ada Di Tangannya

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Artis ni Ada Di Tangannya

remy peluk rozita
Mesti membara je hati para Dato’-Dato’ di luar sana tengok tangan Remy Ishak melekap baik punya kat punggung Rozita Che Wan. Siap buat muka macho tak bersalah lagi. Nak buat macam mana kan. Tukang amik gambar suruh buat pose macam tue. Itu yang Remy Ishak dengan separa rela terpaksa memegang punggung janda terhangat Malaysia tue. Fuh ~~~
Adakah anda juga berangan untuk bertuah seperti Remy Ishak? Kalau muka anda handsome, sila daftar menjadi pelakon dengan segera. Mana tahu dapat jadi femes, ada can la boleh buat photoshoot dengan Remy Ishak. Buat masa ini, sila telan air liur sahaja.

British Airways Siasat Pramugari Beraksi Lucah


British Airways Siasat Pramugari Beraksi Lucah
SEBUAH rakaman video berdurasi 8 minit memaparkan dua wanita seksi beraksi ghairah dalam persalinan uniform British Airlines tiba-tiba mendapat perhatian ramai di laman maya sejak akhir-akhir ini.
Meskipun telah muncul di laman youtube sejak Julai 2012, baru sekarang video ini menjadi isu apabila ia kembali dinaikkan oleh penonton di laman berkenaan.
Dalam video tersebut, seorang pramugari kononnya membantu seorang lagi pramugari mencuci uniform dan mandi di dalam tab.
The Sun melaporkan, video ini dipercayai dirakam di bilik hotel tempat pramugari menginap sementara menunggu penerbangan berikutnya.
Ekoran hangat diperkatakan, British Airlines turut merasa tempiasnya apabila ia dikaitkan dengan moto syarikat mereka iaitu ‘to fly, to serve’.
Syarikat penerbangan itu bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kakitangan atau pramugari mereka terlibat setelah disiasat.
Pun begitu, mereka mengakui siasatan lanjut masih diteruskan. – REM RAMZI

Bersekedudukan, kekasih akui pernah ke rumah Nad Zainal


Pastinya ada di antara anda yang masih belum mengenali pelakon Azwan Kombos ini.

Azwan merupakan pelakon drama bersiri Dewi Lasak selain itu dia juga dikenali sebagai kekasih kepada pelakon yang semakin meningkat naik Nad Zainal.

Baru-baru ini, tersebar gosip kononnya Azwan bersekedudukan dengan Nad di rumah pelakon wanita tersebut yang terletak di Ampang.

Bagi menjelaskan perkara tersebut, Azwan berkata, “ya, memang saya pernah pergi ke rumah Nad, namun hanya sekadar menghantarnya pulang selepas Nad selesai penggambaran. Itupun jikalau ayah Nad tidak boleh mengambilnya. Saya juga pernah bertandang ke rumah Nad ketika Hari Raya dan untuk makan bersama keluarganya”.

“Jadi, apabila timbul gosip begini rasa tak logik sebab dia tinggal bersama keluarganya dan perkara ini (bersekedudukan) memang tidak pernah terjadi,” katanya memetik kenyataan portal Gua.

Azwan berharap gosip sebegini dihentikan segera walaupun mengerti cerita-cerita tidak betul seperti itu akan berlaku kerana itu adalah harga yang perlu dibayarnya sepanjang bergelar anak seni.

BAJU HOS WANITA TERBUKA KETIKA SIARAN MENDEDAHKAN ASET PERIBADI


Semasa menghadiri acara Emmy Awards 2013 lalu, Tina Fey sempat mengalami insiden wardrobe malfunction memalukan. Kini, 'persembahan' pun berlanjutan ke acara televisyen.

Seperti dilaporkan Dailymail, insiden itu kembali terjadi saat Tina tampil sebagai host SATURDAY NIGHT LIVE beberapa waktu lalu. Saat berbicara di depan umum, dia tak sedar bahawa baju atasnya terbuka dan menunjukkan bahagian peribadinya.

Dia memberi alasan insiden itu berlaku kerana terlupa memakai baju




Rowan Atkinson Masuk Islam?



Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. "Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini. 

source : http://goo.gl/u68IWT

Fizo Omar Bermula Dengan Loghat Kelantan Pekat

Fizo Omar Bermula Dengan Loghat Kelantan Pekat

Fizo Omar Bermula Dengan Loghat Kelantan Pekat


JIKA anda lihat lakonan pelakon, Fizo Omar sekarang, tidak ramai yang tahu beliau mempunyai loghat Kelantan yang sangat pekat ketika mula-mula berlakon.
Perkara itu diceritakan sendiri oleh pengarah dan penerbit terkenal, Rashid Sibir menerusi laporan Harian Metro.
Beliau merupakan orang yang pertama membawa pelakon itu ke dunia lakonan menerusi drama bersiri arahannya, Elite.

Fizo yang ketika itu merupakan pemenang Hero Remaja diberi peluang berlakon memandangkan watak itu sangat bersesuaian dengan dirinya.
Ternyata penglibatannya dalam dunia lakonan masih terlalu hijau hingga kerap terbawa-bawa loghat Kelantan setiap kali tiba babaknya.
Namun Rashid tidak mengambil serius, sebaliknya menganggap ia merupakan permulaan untuk Fizo memperbaiki dirinya.

“Saya juga sering mengingat­kan Fizo supaya segera baiki bahasanya kerana saya lihat dia mempunyai pakej untuk menjadi pelakon berjaya,” kata Rashid.
Ternyata kini usaha gigih pelakon itu telah membuahkan hasil apabila bukan sahaja rezeki lakonannya semakin rancak, malah perniagaannya serunding dan Hot Burgernya telah berkembang baik.



Itulah yang dinamakan rezeki, betul tak? Tapi, pada masa yang sama usaha kena ada. Tidak ada salahnya jika artis lain mengambil sikap positif Fizo sebagai contoh.
Daripada mencipta kontroversi sana-sini, ada baiknya buat sesuatu yang boleh membuatkan anda dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.
Oleh: FAHMI EL-MUHAMMADY

Comments