Terkini1

Fizo Omar Bermula Dengan Loghat Kelantan Pekat


Fizo Omar Bermula Dengan Loghat Kelantan Pekat


JIKA anda lihat lakonan pelakon, Fizo Omar sekarang, tidak ramai yang tahu beliau mempunyai loghat Kelantan yang sangat pekat ketika mula-mula berlakon.
Perkara itu diceritakan sendiri oleh pengarah dan penerbit terkenal, Rashid Sibir menerusi laporan Harian Metro.
Beliau merupakan orang yang pertama membawa pelakon itu ke dunia lakonan menerusi drama bersiri arahannya, Elite.

Fizo yang ketika itu merupakan pemenang Hero Remaja diberi peluang berlakon memandangkan watak itu sangat bersesuaian dengan dirinya.
Ternyata penglibatannya dalam dunia lakonan masih terlalu hijau hingga kerap terbawa-bawa loghat Kelantan setiap kali tiba babaknya.
Namun Rashid tidak mengambil serius, sebaliknya menganggap ia merupakan permulaan untuk Fizo memperbaiki dirinya.

“Saya juga sering mengingat­kan Fizo supaya segera baiki bahasanya kerana saya lihat dia mempunyai pakej untuk menjadi pelakon berjaya,” kata Rashid.
Ternyata kini usaha gigih pelakon itu telah membuahkan hasil apabila bukan sahaja rezeki lakonannya semakin rancak, malah perniagaannya serunding dan Hot Burgernya telah berkembang baik.



Itulah yang dinamakan rezeki, betul tak? Tapi, pada masa yang sama usaha kena ada. Tidak ada salahnya jika artis lain mengambil sikap positif Fizo sebagai contoh.
Daripada mencipta kontroversi sana-sini, ada baiknya buat sesuatu yang boleh membuatkan anda dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.
Oleh: FAHMI EL-MUHAMMADY
Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments