Terkini1

Saya Tak Pasti Uqasha Dan Pekin Sudah Bertunang – Nelydia Senrose

Nelydia Senrose Tak Pasti Uqasha Dan Pekin Sudah Bertunang – Pelakon drama Setia Hujung Nyawa, Nelydia Senrose mengakui bahawa dia tidak pasti sama ada kakak tercintanya, Uqasha Senrose telah bertunang dengan buah hatinya, Pekin Ibrahim.
Saya Tak Pasti Uqasha Dan Pekin Sudah Bertunang   Nelydia Senrose

Menurut Nelydia, ketika keluarga Pekin datang ke rumah untuk merisik kakaknya itu, dia kebetulan tiada di rumah kerana terikat dengan komitmen kerja.
“Berkaitan isu tunang itu, saya tak pasti sebenarnya. Apa yang saya tahu mereka ada datang merisik kakak saya. Sebab masa mereka datang saya tiada di rumah. Lagipun saya tlihat kakak gembira dan saya pun tumpang gembira untuk dia,” katanya.
Dalam pada itu, Nelydia turut mengakui dia menerima sebentuk cincin sempena hadiah hari jadinya pada 30 Julai nanti daripada teman lelakinya, Qi Razali.
“Cincin tu dia bagi sempena hari jadi saya tiada maksud apa-apa pun. Dia bagi awal sebelum dia ke sana,” ujarnya.
Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments