Terkini1

7 FOTO HANTARAN MEWAH ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN

 
Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan kini sah bergelar isteri kepada pelakon Zain Saidin dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam (SCCC), kira-kira jam 9.00 malam tadi.

Pasangan selebriti ini selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Aluwi Parman dengan berwalikan adik Rozita, Roshidi Che Wan dalam satu majlis mewah yang turut dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menerima mas kahwin sebanyak RM9, 300, wang hantaran bernilai RM23, 200 serta sebentuk cincin bernilai RM93, 000 pemberian Zain, pada hari bahagianya.


Pada majlis akad nikah itu, rombongan lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang di antaranya mengandungi telefon Blackberry dan iPhone, tiga buah Beg Tangan Chanel, 10 haruman berjenama, empat pasang kain lace , dan lima pasang kasut Christian Louboutin. 

Sebagai balasan, pihak perempuan juga menghadiahkan sembilan dulang hantaran seperti empat pasang Baju Melayu, gelang tangan Pandora dan jam tangan Cartier, lima helai Kemeja Cartier, Tas Tangan Prada dan LV dan lima pasang kasut berjenama. 

Jika dihitung secara rambang, hantaran kedua-dua pihak ini dianggarkan bernilai RM200,000. 

Pasangan ini turut mengadakan majlis pertunangan sebelum akad nikah dijalankan iaitu kira-kira jam 8.45 malam tadi. Che Ta menerima sebentuk cincin tunang yang disarungkan sendiri oleh ibu Zain, Siti Aishah Abdullah. 

Perkahwinan pasangan ini hangat diperkatakan apabila mereka menerima tajaan bernilai kira-kira RM13 juta. Terdahulu, pasangan ini diraikan dalam satu majlis berinai yang diadakan di Dewan Ndah Mahligai, Shah Alam, pada malam Selasa. Pada majlis tersebut, Che Ta telah menggayakan barangan kemas bernilai RM11 juta tajaan Habib Jewels.

Sementara itu, majlis resepsi kedua mempelai ini akan diadakan pada Jumaat, 13 Disember 2013, di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam (SCCC), jam 8.00 malam. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Che Ta dan hasil perkahwinannya sebelum ini, Che Ta dikurniakan dengan dua orang anak lelaki, Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezzra,15.

Pasangan ini memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu dan dijangka bercuti selama 19 hari sebelum kembali bekerja pada awal Januari 2014.






Related Post

Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments