Terkini1

Pemain Hoki Negara Kongsi Kisah Hilang 4 Batang Gigi Demi Negara !

   DHAKA ― Beginilah harga pengorbanan pemain tonggak utama pasukan hoki negara, Faizal Saari yang terpaksa menerima hakikat pahit apabila kehilangan empat batang gigi depannya.

   Demi perjuangan terhadap skuad Malaysian Tigers yang bergaya mengalahkan antara gergasi dunia, Pakistan 3-2 dalam saingan Super 4, Piala Asia 2017 semalam, beliau cedera akibat terkena hentakan siku pemain lawan.
   “Empat batang gone (hilang) sebab apa, sebab kami main bukan untuk duit… kenangan manis. Sedap juga makan (diterjah) siku,” tulis Faizal menerusi akaun Instagram miliknya yang dipetik oleh media tempatan hari ini.
   Posting terbaharu pemain berusia 26 tahun itu menerima sambutan luar dugaan netizen apabila mendapat lebih 7,000 tanda likes selain hampir 500 komen daripada peminatnya yang memberi kata-kata berbentuk perangsang.
   Pemain negara tersebut malah memuatkan gambarnya yang kelihatan gigi sudah rongak akibat disiku oleh pemain lawan di mulut hingga menyebabkan pendarahan itu menerusi laman media sosial itu malam tadi.
   Faizal kemudian terpaksa menerima rawat kecemasan di luar padang selama hampir 10 minit akibat mulut berdarah, sebelum kembali meneruskan baki aksi perlawanan dalam kejohanan berprestij tersebut.
   Pemain hoki profesional kelahiran Terengganu itu pernah menuntut di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor dan mula mewakili skuad negara sejak berusia 18 tahun lagi.
Malaysian Tigers yang berada di ranking ke-12 dunia, melakar kejayaan dalam pusingan saingan round robin berdepan India yang kini ranking keenam dunia, pada perlawanan berikut. Semoga kita mempunyai semangat patriotisme yang tinggi seperti beliau.

Sumber - MyNewsHub

Sekolah ‘Hotspot’ Bukan Bermakna Tiada Harapan

Sekolah ‘Hotspot’ Bukan Bermakna Tiada Harapan

   PETALING JAYA – Senarai sekolah ‘hotspot’ di seluruh negara yang bocor bukan bermakna ia tiada harapan untuk pulih, sebaliknya bagi memastikan perhatian khusus diberikan dalam pelaksanaan langkah proaktif untuk manfaat pelajar.

   Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, 402 sekolah dalam senarai itu berdepan risiko berkaitan disiplin dan masalah dadah.
   Sehubungan itu, katanya, kementeriannya dan polis memberi perhatian utama bagi melindungi pelajar dan memastikan mereka tidak terus terjebak dalam gejala negatif.
   “Maklumat itu diberikan kepada polis untuk mendapatkan bantuan pasukan keselamatan itu bagi menjalankan pemeriksaan termasuk masalah disiplin di sekolah terbabit.
   “Senarai itu bagi memastikan lebih banyak sumber, program dan perhatian diberikan kepada sekolah berkenaan.
   “Ia juga bermakna pihak kementerian memberi perhatian utama kepada sekolah terlibat untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat ditangani.
   “Jadi jangan salah faham dan melabel sekolah terlibat sebagai tidak berguna atau tiada harapan untuk berubah. Ada sekolah yang tersenarai kerana ia terletak di lokasi yang terdedah dengan pelbagai kegiatan jenayah dan tentunya berisiko tinggi, oleh itu kita perlu kerjasama pihak polis untuk memastikan pelajar di situ tidak terpengaruh dan terlibat dalam aktiviti jenayah,” katanya.
   Difahamkan pihak kementerian telah mengemukakan senarai 402 sekolah hotspot di seluruh negara kepada polis untuk tindakan lanjut dan semua pegawai perhubungan sekolah diarahkan mengambil tindakan proaktif untuk menangani masalah itu.
   Sebelum itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk menangani masalah di setiap sekolah ‘hotspot’ yang telah dikenal pasti di seluruh negara.
   Katanya, sebuah mesyuarat jawatankuasa induk yang akan bertindak khusus untuk menangani masalah-masalah salah laku di sekolah termasuk sekolah rendah dan menengah itu diwujudkan di peringkat kementerian.
   “Kementerian kemudiannya akan turunkan kuasa kepada pengarah-pengarah (pendidikan) untuk ambil tindakan lanjut dan wujudkan jawatankuasa khas seumpama ini di peringkat negeri pula.
   “Antara agensi-agensi yang terlibat melalui strategi NBOS ini adalah polis, persatuan ibu bapa dan guru, badan bukan kerajaan serta alumni setiap sekolah,” katanya. –mStar Online

Pendaratan penyu meningkat secara 100% di Terengganu.

   DUNGUN – Jabatan Perikanan Terengganu merekodkan 8,381 pendaratan penyu agar di empat lokasi di seluruh negeri sepanjang tahun lalu, iaitu jumlah pendaratan tertinggi dalam tempoh lima tahun.

    Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Datuk Ismail Abu Hasan berkata jumlah itu meningkat lebih 100 peratus berbanding 4,156 pendaratan penyu itu di lokasi sama sepanjang 2015.
   “Peningkatan ini mencerminkan kejayaan program pemuliharaan dan pemeliharaan penyu yang kita semua lakukan selama ini.
   “Kami juga berbangga dan berterima kasih dengan penglibatan syarikat korporat dan swasta yang banyak berkolaborasi dalam program seumpama ini, malah mereka turut menyumbang hampir 50 peratus dalam setiap program yang dijalankan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama media di sini malam tadi.
   Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Zawawi Ali.
    Turut direkodkan ialah peningkatan telur penyu agar iaitu 803,104 biji sepanjang 2016 berbanding 420,589 biji pada 2015.
   Penetasan telur penyu karah juga mencatatkan peningkatan iaitu 2,528 biji pada 2016 berbanding 1,446 biji pada 2015.
   Ismail turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan berterusan pihak media dalam meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga khazanah alam itu agar tidak mengalami kepupusan.
   “Peningkatan jumlah pendaratan penyu dan penetasan telur penyu ini diharap melonjakkan lagi semangat dan motivasi semua pihak yang terlibat dalam program konservasi penyu selama ini, malah kita mahu lebih ramai terlibat pada masa akan datang.
   “Program dan hebahan penerangan mengenai penyu ini perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar ia terus menjadi keutamaan masyarakat terutama penduduk Terengganu kerana ia adalah ikon kebanggaan negeri ini yang perlu dipertahankan,” katanya. – Mynewshub.cc

Pemain Bola Singapura Curi Perhatian Wanita di Malaysia

   BARU-BARU ini pasukan bola sepak kumpulan A negara kita telah berjaya menundukkan Singapura di Stadium Shah Alam, apabila mengalahkan pasukan itu dengan jumlah jaringan 2-1.

   Sekalung ucapan tahniah sekali lagi diucapkan kepada skuad harimau itu. Banyak ucapan tahniah dan penuh kebanggan telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pasukan kita.

   Bak kata orang, jangan sorak ketika menang kalau tak mampu sokong ketika kalah. Biarlah kebanggaan ini akan berkekalan tak kira menang atau kalah.
   Tapi, cerita hari ni bukan tentang bola sepak. Tapi, tentang player team Singapura. Biasanya sukan bola ni mestilah diminati oleh kaum lelaki kan. Dah kalau kaum perempuan tengok bola, diorang tak tengok bola tau…
   Tapi diorang tengok player bola! Biasa dah kan dengan cerita macam ni?

   Ramai gadis Malaysia di laman Twitter cukup teruja bila nampak dua orang pemain Singapura yang boleh tahan kacak jugak! Macam ada a lot of mix pulak bila sekali pandang. Siapa agak-agaknya ya mereka tu?


   Dengan kuasa internet, identiti dua orang pemain Singapura ini sudah terbongkar! Mereka ialah Irfan Fandi Ahmad dan Ikhsan Fandi Ahmad yang merupakan salah seorang pemain bola sepak profesional pasukan itu.

   Katanya, mereka berdua ni merupakan pemain kebanggaan Singapura sebab bukan saja boleh bermain di bahagian pertahanan, tapi juga di bahagian tengah dan penyerang untuk kelab S. League Home United.
   Mereka berdua ini juga merupakan anak kepada legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad dan Wendy Jacobs yang merupakan model Afrika Selatan. Pasangan ini dikurniakan seramai empat orang cahaya mata.
   Mereka ini juga dikatakan berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara dengan Angkatan Polis Singapura. Susah juga nak bezakan muka diorang ni.

   Patutlah ramai gadis-gadis Melayu teruja bila tengok bola hari tu. Ada udang di sebalik mi rebus rupanya! Lepas ni bukak mata luas sikit, tengok pulak player Malaysia.
Jangan ingat player Malaysia tak ada yang kacak-kacak okay. -MYNEWSHUB.CC





Sukan SEA 2019 : Filipina bakal menjadi tuan rumah acara sukan ini.

   

   KUALA LUMPUR
– Filipina akan menjadi tuan rumah Sukan SEA akan datang pada 2019 seperti dijadualkan selepas kerajaannya menimbangkan semula keputusan awalnya untuk tidak menganjurkan acara itu berikutan krisis dalaman di wilayah selatan Mindanao, menurut beberapa laporan media Filipina.
   Keputusan untuk meneruskan penganjuran edisi ke-30 sukan dwitahunan serantau itu akan  diputuskan  pada mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) di sini esok, menjelang pembukaan edisi ke-29.
   Media Filipina memetik Setiausaha Luar negara itu Alan Peter Cayetano dan Majlis Olimpik Filipina (POC) mengesahkan Filipina akan mengotakan komitmennya menganjurkan  sukan serantau itu selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2005 setelah berunding dengan kerajaan.
   Pada edisi 2005, Filipina muncul sebagai juara keseluruhan buat kali pertama dengan mengutip 113 pingat emas.
   Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Low Beng Choo berkata SEAGF akan mendengar  sendiri  mengenai isu berkenaan daripada Presiden POC Jose Cojuangco Jr pada mesyuarat itu.
   “Beliau telah meminta kami untuk memberi peluang kepada mereka.  Setakat ini, POC tidak memberikan kami sebarang  notis rasmi bahawa mereka mengundur diri daripada menjadi tuan rumah sukan itu.
   Kami akan membantu mereka di mana yang mana kami mampu.  Thailand sedia menjadi tuan rumah pengganti   jika diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan  mesyuarat  Jawatankuasa  Peraturan dan Sukan SEAGF.
   Sementara itu, Low  berkata dalam mesyuarat itu Vietnam telah meminta supaya acara 3,000m lari berhalangan wanita dimasukkan semula dan mereka diberitahu acara itu digugurkan kerana kurang sambutan  dari negara peserta. – BERNAMA

Zizan cuba jadi "Sado" Kerana Polis Evo 2

   Dewasa ini semua orang mahukan tubuh badan yang tegap dan sado. Tapi, jangan hanya badan je sado, kesihatan pun perlu dititik beratkan.

   Baru-baru ini kita sering lihat barisan pelakon Polis Evo 2 yang sedang giat menjalani latihan di gimnasium bagi membuat persiapan sebelum sesi penggambaran dimulakan.
   Zizan juga dikatakan semakin serious untuk mendapatkan susuk badan yang sado katanya sebab nak sama macam pelakon Arnold Shwazenegger. Bukan main Zizan, tinggi impian dia tu. Bilalah agaknya Zizan boleh dapat badan sado macam tu ya?
Apa pun, sama-sama kita tunggu berita baik daripada pelakon atau pun pengarah filem ini… Agak-agaknya bila lah Polis Evo 2 ni nak ditayangkan? Ramai dah yang tak sabar nak tunggu.
Tapi sebelum nak tunggu Polis Evo 2, bolehlah tunggu juga 24 Ogos ini sempena tayangan filem Abang Long Fadhil 2 yang juga menampilkan lakonan hebat Zizan. Hebat betul Zizan ni, makin lama makin banyak watak ‘abang kawasan’ yang dia pegang. – MYNEWSHUB.CC
   Semoga usaha zizan untuk menjadi sado akan berhasil. Mari sama2 mendoakan yang terbaik untuk beliau.

Tips Untuk Elak Masalah Kewangan .

   
   Pernah dengar istilah popular ‘life begins at forty’? Buat anda yang sudah memasuki usia 40-an, jangan takut dengan ungkapan tersebut.

Pada usia 40 tahun, anda harus memulakan hidup yang baru. Kenapa 40 tahun? Usia 40-an seseorang dianggap sudah matang secara emosional.
Selain itu, usia 40 merupakan anda telah stabil dari secara ekonomi. Seseorang dianggap tidak berjaya jika di usia 40 tiada perubahan signifikan dalam kerjaya dan kewangan.
Masih ramai mereka yang berusia 40-an tetapi belum mapan secara kewangan. Misalnya, masih tinggal di rumah sewa. Tiada kenderaan sendiri dan lain-lain.
Ya, material dan aset bukan semata-mata ukuran kebahagiaan seseorang. Tapi setidaknya, boleh menjadi penunjuk kejayaan dalam karier. Satu perkara yang perlu diingat, usia 40-an itu sudah menjelang usia senja.
Di usia ini kesihatan seseorang mula terdedah. Daya tahan tubuh menurun. Rambut mula memutih, pendengaran, penglihatan mulai berkurang.
Tentunya menjadi peringatan buat anda yang masih berusia di bawah 40. Masa yang ada mestilah digunakan dengan sebaiknya. Setidaknya, anda boleh semak 10 nasihat kewangan berikut ini.
1. Ada matlamat hidup
   Manusia mesti mempunyai tujuan hidup, terutama soal kewangan. Jika anda ada pendapatan sendiri, mulai tentukan tujuan hidup. Paling tidak anda boleh mensasarkan peningkatan kualiti hidup setiap masa. Jangan tunggu sehingga usia 40 baru menentukan tujuan hidup. Boleh ‘jilake’ nantinya. Ingat anda juga harus mempunyai perancangan yang jelas. Sebabnya, tujuan tanpa rancangan cuma harapan.
2. Hidup berhemat
   Ketika karier dan pendapatan meningkat, para pekerja muda biasanya mudah lupa diri. Sering beranggapan hidup ‘YOLO!’. Rezeki melimpah, menikmati hidup dengan cara berfoya-foya. Gaya hidup boros. Makan di restoran mamak, eh tiba-tiba kerap ke tempat-tempat hipster. Jika sebelum, melepak sebulan sekali, terus berubah jadi empat kali sebulan. Bukannya tidak boleh menikmati hidup. Tapi alangkah baiknya mula berhemat ketika anda ada rezeki lebih untuk masa depan. Jangan terlalu membazir ya.
3. Sasaran
   Target dalam hidup itu penting. Kebanyakan pekerja muda ada prinsip, hidup itu mengikuti kemana angin bertiup. Oh no! Itu namanya tiada sasaran jelas. Jika berpegang pada prinsip tersebut, alamatnya anda jadi terlalu santai dan meremehkan sesuatu. Anda harus ada sasaran. Misalnya, usia 25 harus berkahwin dan ada kenderaan sendiri Umur 30 ada rumah sendiri. Jadi, anda akan terus sentiasa bermotivasi diri untuk mengapainya. Hidup jangan terlalu santai ya!
4. Menabung saja tidak cukup, pelaburan juga perlu
   Sejak kecil kita pasti sering diajar untuk menabung menggunakan duit poket sendiri hingga ada akaun bank sendiri. Tapi, cukup atau tidal jika hanya menabung dengan membahagikan jumlah pendapatan bulanan? Ingat, bunga bank itu relatif kecil. Untuk menambah sumber kewangan, tiada salahnya mula cuba melabur. Ya, tidak susah untuk mula fikirkan satu pelaburan yang besar. Sesuaikan saja dengan kemampuan anda. Mulakan dari yang kecil dulu.
5. Belajar dari kesalahan
Tiada manusia yang sempurna. Ketika anda tahu melakukan kesalahan, cuba belajar dari kesalahan. Jangan terperangkap pada penyesalan. Anda harus belajar supaya tidak mengulangi kesalahan lagi di masa depan. Anda perlu berusaha untuk lebih baik. Kesalahan adalah sebuah pengalaman. Jadikan kesilapan itu sebagai guru yang terbaik. Ingat, kesalahan terburuk adalah tidak belajar dari kesilapan sendiri.
6. Jangan mudah menyerah, dan selalu disiplin
   Meraih kejayaan itu tidak mudah. Anda mesti bersemangat pantang menyerah. Kejayaan itu bukan hasil dari bermalas-malasan, tapi hasil dari ketekunan dan kerja keras. Mudah menyerah adalah ciri-ciri orang yang susah berjaya. Yang penting anda harus berdisiplin. Mulai dari perkara yang kecil, misalnya bangun pagi takut lewat ke pejabat. Jangan menyerah pada kemalasan atau kesukaran hidup. Kadang-kadang, itu hanyalah kebimbangan yang berlebihan. Jadi, jangan menyerah sebelum berperang ya!
7. Memperluaskan rangkaian
   Memperluaskan jaringan di sini bukan sekadar di sosial media. Anda harus bersosial dengan seramai mungkin. Pergaulan anda harus luas. Anda perlu membina hubungan baik dengan ramai orang dari pelbagai kalangan orang. Anda tidak pernah tahu nasib atau peluang yang boleh diperolehi dari orang-orang yang anda temui dan kenali.
8. “Me” time itu penting!
   Ya, biarpun sibuk mana diri anda bekerja keras mengumpulkan harta untuk masa depan, jangan lupa juga untuk menghiburkan diri. Oleh itu, anda perlu ada ‘me’ time sekali-sekala. Hiburan itu boleh menambah tenaga baru dan membuat anda jadi lebih kreatif.
9. Penting untuk ada insurans
   Kita tidak akan tahu yang akan terjadi di masa depan. Tiada salahnya anda sudah mempersiapkan segala sesuatunya, termasuk melindungi diri dengan insurans. Sekarang sudah banyak pilihan produk insurans. Jadi, tiada alasan lagi untuk menunda memiliki insurans.
10. Berani
   Jadilah anak muda yang berani. Tapi bukan jadi jaguh jalanan ya. Jika anda ada idea, ungkapkan saja jangan malu atau takut berdiri di bawah tapak kaki sendiri. Demikian juga ketika membuat keputusan. Jika anda niat menjadi usahawan, jangan takut muflis. Ketakutan seperti ini yang biasanya menjadi faktor penghalang utama untuk berjaya.Pepatah inggeris pernah mengatakan "YOU NEVER TRY , YOU Won't success" yang bermaksud cuba sesuatu yang baharu dengan ada nya sifat berani dalam diri untuk mencapai kejayaan. 
Sumber: AliffChannel

Banjir: Melaka mencatatkan pengurangan mangsa.

    MELAKA – Jumlah mangsa banjir di negeri ini makin berkurangan menjadi 67 berbanding 71 mangsa semalam.
   Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata hanya tinggal tiga pusat pemindahan masih dibuka hingga 9.00 pagi ini.
   Katanya dua pusat pemindahan masih beroperasi di daerah Jasin menempatkan seramai 49 mangsa dari 13 keluarga di Sekolah Tehel dan lapan mangsa dari dua keluarga kini berteduh di pusat pemindahan Balairaya Seri Mendapat.
   “Satu lagi pusat pemidahan di daerah Alor Gajah menempatkan seramai 10 mangsa dari tiga keluarga,” katanya kepada pemberita hari ini.
   Beliau berkata tiga kawasan yang masih terjejas ialah Kampung Tehel dan Kampung Tersusun Seri Mendapat di Jasin dan Kampung Seri Jeram di Alor Gajah. – MNHCC

   Diharapkan banjir ini tidak berlarutan kerana akan membuatkan aktiviti seharian anda terjejas. AMIN

Doa Agar Jodoh Dipertemukan Segera.

Doa Agar Jodoh Dipertemukan Segera.
 Dewasa ini , ramai yang masih "single" dan masih tidak menjumpai jodohnya yang ditetapkan Allah S.W.T. , Berikut ada doa yang boleh anda amalkan agar jodoh dipertemukan segera.  

Ada tiga kategori wanita single yang dikenali manusia, iaitu single bahagia, single sengsara, dan single tapi pura-pula bahagia. Jika anda single, anda termasuk kategori yang mana?
   Kali ini kita akan membahas tentang wanita single sengsara. Seperti apa kesengsaraan yang dirasakan wanita single? Berikut ulasannya seperti yang dilaporkan oleh Productivemslim.
   Yakin, anda tak memerlukan lelaki untuk bahagia? Anda sudah rasa bahagia hanya dengan mempunyai keluarga, sahabat, serta karier? Berhenti beranggapan seperti ini! Jika anda tak sengsara, tak akan keluar kata-kata seperti itu. Sebab, tak ada yang salah dengan keinginan mempunyai pasangan. Nabi Adam AS, pernah berada di syurga sendirian tanpa Hawa. Rasa kesepian dan tidak bahagia.
   “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan rasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [Ar-Rum 21].
   Maksud dari ayat di atas adalah bahawa di dunia ini, semua diciptakan berlawanan. Lelaki-wanita, hitam-putih, syurga-neraka, benar-salah. Hanya bayi membuat wanita rasa seperti ibu, dan hanya lelaki yang boleh membuat seseorang rasa dirinya wanita.
   Kita semua memerlukan pendamping untuk menyaksikan kehidupan. Seseorang dicintai dan membuat kita rasa dicintai serta dilindungi, seseorang untuk memulakan sebuah keluarga. Ini adalah bagaimana Allah mencipta keperluan asas yang indah.
   Gadis single yang mempunyai ibu bapa, teman, dan kerjaya, akan tetap rasa kosong. Kesepian adalah perasaan yang paling sukar diatasi. Hal ini beracun dan kejam, dan menyebabkan rasa-rasa takut, hilangnya identiti dan kemurungan. Sudah waktunya anda mencari pendamping!

Kecewa, Elizabeth Tan Akui Hampir Bunuh Diri Putus Cinta Dengan Jejaka Melayu

Kecewa, Elizabeth Tan Akui Hampir Bunuh Diri Putus Cinta Dengan Jejaka Melayu
   Penyanyi Elizabeth Tan akui nyaris membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu tetapi beberapa pihak telah memutarbelit berita yang dikeluarkan oleh portal berita rasmi sehingga menyebabkan cerita sebenar ditokok tambah.
Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy, 23, telah membuat kenyataan terbaru menafikan yang dia ingin bunuh diri kerana putus cinta dengan seorang lelaki melayu.
Dia mengakui nyaris membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu tetapi bukanlah disebabkan oleh putus cinta dengan seorang lelaki melayu yang digembar-gemburkan pihak-pihak tertentu.
“Saya tertekan dengan beberapa siri kehidupan yang saya alami ketika itu termasuk masalah percintaan, peribadi, keluarga dan agama.
“Saya juga terfikir untuk menamatkan hidup saya waktu itu kerana saya rasa seperti sudah tiada tujuan hidup.
“Saya hilang akal hingga tidak mengenali diri saya.
Ini penafian yang dimuat naik melalui akaun facebook miliknya.
“Hello you alls. Lizzy nk buat pembetulan sikit yer, sbb baru dpt tahu ada beberapa headlines keluar harini mengatakan lizzy kecewa putus cinta sampai nak bunuh diri hahahaha headline tu x betul, so harap semua jgn salah faham tau 😅😅😅
Memang betul lizzy ada mengalami kemurungan dan sedikit tertekan sebelum ni, which is why I took a short break early this year tapi bukan sepenuhnya disebabkan putus cinta. I have been going through some things over the past 3 years yg Lizzy dah lama pendam dan isu cinta tu hanya jadi pencetus utk semuanya.
But dont worry, Im a lot better now. 😊 Time really does heal. Yg paling penting, is that Lizzy seriously belajar bnyk sngt dari semua pengalaman pahit dan juga manis heheh thank you all so much for all the support! 😗😗😗

Diharapkan Elizabeth Tan dapat bersabar dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Afifah tidak kisah , Walaupun diperli rakan artis dan orang ramai.

Afifah tidak kisah , Walaupun diperli rakan artis dan orang ramai.

   Tidak terkesan dengan kecaman netizen dan rakan artis , Afifah Nasir tidak kisah apabila diperli berkaraoke dengan suami orang.

Umum tahu Afifah terpalit dalam kontroversi yang mendakwa dirinya menjadi orang ketiga dalam rumah tangga aktor Aliff Aziz dan Bella Astillah, namun itu langsung tidak mematahkan semangatnya.
“Saya tahu ada rakan selebriti dan isteri mereka memuat naik gambar berunsurkan peringatan seperti jangan kacau suami orang serta berkaitan dengan karaoke.
“Saya mengambil pendirian untuk tidak melayan perkara tersebut. Saya sendiri tak kisah dengan perkara tersebut. Mereka tidak tahu, jadi biarkan sahaja. Mulut orang kita tak boleh tutup.
“Saya nak marah pun tak guna. Bagi saya, sebelum menilai sesuatu cerita, dengar dulu penjelasan semua pihak, barulah boleh menilai,” kata Afifah kepada Astro Gempak.
Tidak mempunyai masalah berlakon dengan mana-mana suami orang, Afifah meletakkan benteng profesionalisme dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
“Sejujurnya, saya tak ada masalah langsung jika diminta untuk bergandingan dengan suami orang. Sebelum ini, saya pernah berlakon di samping aktor yang bergelar suami orang.
“Tiada masalah yang berlaku dan semuanya berlangsung secara baik. Saya ingin menegaskan yang saya tidak berminat dengan suami orang.
“Jika saya memang berkelakuan sebegitu, sudah semestinya saya akan terlibat dengan cinta suami orang semenjak pembabitan awal saya dalam dunia lakonan,”katanya lagi.
Isnin lalu, Afifah mengadakan sidang media untuk menjernihkan keadaan selepas dua minggu berdiam diri.
Dalam sidang media tersebut, Afifah ditemani oleh peguam, Sana Tufil Ahmad, kakaknya, aktres Mia Nasir, kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar dan pelakon Alana Amir yang turut terlibat dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu. – MYNEWSHUB.CC

Isteri tetak suami kerana berhasrat untuk berpoligami.

   Kuala Krai-Seorang lelaki berusia 55 tahun parah ditetak menggunakan pisau pemotong sayur oleh isterinya dipercayai gara-gara menyuarakan hasrat hati untuk berkahwin lagi.

Susulan serangan itu, lelaki berkenaan menerima 15 jahitan selepas ditetak dalam kejadian di Kampung Manek Urai Lama, Khamis lalu.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, dahi dan lengan kanan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Manek Urai.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
Katanya, mangsa ditetak oleh isterinya yang berusia 56 tahun selepas menyuarakan hasrat mahu berkahwin buat kali kedua.
Bagaimanapun, mangsa tidak membuat laporan polis dan berbaik semula dengan isterinya.Lain kali diharapkan tiada lagi kes seperti ini. AMIN

   Sumber:mynewshubcc

Hati-Hati terjebak dengan hubungan yang salah.

   


   Pernahkah
anda menjalinkan hubungan yang sepertinya sangat salah dan sangat tidak selesa? Mungkin, bukan satu orang yang sudah mengatakan ada yang salah dengan hubungan anda.
Salah satu tanda utama terjebak dalam hubungan yang salah adalah adanya rasa pergantungan yang berlebihan. Oleh sebab itu, penting diperhatikan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang dan menghalang hubungan berkembang dengan sihat.
Para pengkaji mengatakan bahawa pergantungan bersama adalah bentuk ketagihan sehingga dikenali juga sebagai “ketagih hubungan”. Sama juga seperti anak-anak yang terbiasa selalu bersama ibu bapa sejak kecil dan tidak boleh berdikari.
Shawn Burn, PhD, seorang profesor psikologi di California State University berkata,
“Anak-anak sering diajar untuk menumpangkan keperluan mereka sendiri untuk menyenangkan orang tua yang sedang susah, dan perkara itu membuat mereka mempunyai pola lama untuk cuba mendapatkan cinta dan perhatian.
“Misalnya, selalu mendahulukan pasangan agar semakin dicintai, melupakan kebahagiaan diri demi pasangan, atau kesempatan yang lagi-lagi demi pasangan,” jelasnya.
Untuk mengembalikan ke keadaan semula, cubalah disambung lagi dengan keluarga dan kawan-kawan dengan membina kembali hubungan sosial.
Orang-orang yang bergantung pada sesama sering jatuh ke dalam pola mengasingkan diri mereka sendiri dan sebahagian besar menghabiskan masa lapang mereka bersama pasangannya sahaja.
   Sumber:AliffChannel

Tips semudah ABC agar Make-up tidak cepat luntur.

 
 Iklim tropika di Malaysia membuat make-up akan cepat luntur kerana berpeluh.
Perkara tersebut merupakan berat buat wanita terutama wanita yang suka menjaga wajahnya agar tetap tampak segar bila-bila masa. Cuaca seperti ini memerlukan waktu untuk ekstra touch up.
Namun, tambahan touch up juga harus diberi perhatian juga pada kesihatan kulit. Agar make-up tetap ada di wajah mudah saja, gunakan kertas minyak, dan alas bedak saja sudah memadai.

   Semoga bermanfaaat .


SUMBER:ALIFFCHANNEL

Zaman Muda Bruce Lee difilemkan Di P.Pinang



Pulau Pinang-
Sebuah syarikat Amerika Syarikat-China akan menerbitkan filem baharu mengenai legenda seni bela diri dan bintang filem terkenal, Bruce Lee.
    Anak perempuan pelakon handalan itu, Shannon Lee, yang menjadi penerbit bersama filem berkenaan, berkata penggambaran filem berjudul ‘Little Dragon’ itu akan dibuat di Pulau Pinang dalam masa tiga bulan lagi.
   “Saya sungguh teruja untuk menghasilkan filem tentang bapa saya di Pulau Pinang ini. Filem ini adalah mengenai kehidupan bapa saya ketika dia membesar di Hong Kong dan sebab itulah kami cuba mewujudkan kembali suasana di Hong Kong pada tahun 1950-an.
   “Banyak bangunan dan perkara yang terdapat di Pulau Pinang menepati kehendak filem ini. Kru penerbitan kami sudah berada di sini sejak beberapa minggu lepas dan kami tidak sabar untuk meneruskan kerja bagi filem ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini.
   Shannon berkata filem itu akan turut berkisar tentang kehidupan Bruce Lee sebagai remaja, penari cha cha dan pengaruhnya.
   Sementara itu, penerbit bersama filem berkenaan, Tim Kwok, berkata selain Pulau Pinang, Pinewood Iskandar Studios di Johor Bharu dan Guangzhou, China,  juga dipilih sebagai lokasi penggambaran.
   Katanya, hampir 5,000 orang menghadiri sesi uji bakat untuk watak Bruce Lee semasa muda dan empat calon disenaraipendekkan.
   Menurut Kwok, penggambaran bagi filem itu dijangka selesai pada Jun dan menemui penonton pada akhir tahun depan.

4 Sifat yang menunjukkan bahawa anda telah "Dewasa"

4 Sifat yang menunjukkan bahawa anda telah "Dewasa"
     Dewasa yang sebenarnya adalah satu proses di mana kita rasa diri kita yang dahulu itu tidak baik dan berterusan berusaha sebaik mungkin untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.
Mengambil kesimpulan di atas, maksud dewasa yang sebenarnya dalam kehidupan seharian adalah seperti ini.
    Belajar untuk diam, baru belajar untuk dewasa
Diam di sini bukanlah bermaksud menjadi seorang yang pendiam, tetapi diam untuk tidak mengucapkan kata-kata yang menjengkelkan dan kasar pada orang lain. Diam yang sebenarnya, adalah anda lebih memahami dunia dan ragamnya dan cuba untuk tidak berkata-kata negatif. Diam, adalah cara hidup yang sebenarnya paling mudah.
   Menyayangi kehidupan di tengah dunia yang materialistik
Memahami insan lain jika dalam setiap perkara perlu difikirkan dengan baik. Seorang yang tidak dewasa hanya memikirkan keuntungan dirinya sahaja, malah sanggup menipu orang lain pula. Belajarlah untuk senyum pada orang lain dan selalu mengucapkan terima kasih kepada yang memberi bantuan.
    Meminta “janji” dari mulut orang lain
Sebenarnya masalahnya bukan pada janji yang pernah diucapkan, jawapannya ada di dalam hati, jika anda rela hati menerima maaf seseorang, anda boleh memilih untuk memberinya sekali lagi peluang untuk kembali ke jalan yang benar.
Di dalam dunia ini tiada keputusan yang paling benar, yang ada hanyalah kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Tidak boleh meminta janji dari mulut orang lain, kerana ini membuat anda kecewa. Jawapannya sudah jelas ada di dalam hati anda.
   Orang dewasa lebih menerima dirinya sendiri
Orang dewasa, di luar sama di dalam juga sama. Jangan menyalahkan diri jika anda lemah, kekuatan dan kelemahan selamanya seiring dan sejalan. Hiduplsh sebagai seseorang yang mampu kuat dan mampu lemah, mampu berpeluh mengerah tenaga dan mampu mengesat air mata.
Tidak perlu cemburu kejayaan orang lain, jika tidak mampu melakukan ini, tidaklah memalukan. Di dunia ini, ada perkara yang anda boleh kuasai, cari kejayaan itu, tanpa harus berusaha untuk meraih apa yang diraih oleh orang lain.
Terakhir dan paling penting sekali, orang dewasa tidak akan menyusahkan orang lain! Kbai.

Sahabat atau Tikam Belakang ? Kenali sikap sahabat anda .

Berkawan dengan ramai orang memang mudah, tetapi memilih sahabat yang tulus agak sukar. Kadang-kadang, anda harus menjalinkan persahabatan dengan orang yang hanya berpura-pura baik.
Apabila menyedari, anda akan rasa marah dan tertipu. Oleh itu, sebaiknya anda mengetahui dari sekarang adakah sahabat anda adalah seorang teman yang baik atau bukan.
Tidak menghargai
Dalam persahabatan, saling menghargai adalah sikap yang perlu ditunjukkan oleh semua orang. Jika anda tidak dihargai oleh kawan anda , anda sudah mula boleh menjauhinya kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang menghargai kawannya.
Iri hati
Adakah rakan anda sering menunjukkan sikap tidak bahagia ketika anda mendapatkan prestasi? Jika dia sering menunjukkannya dan selalu mengejek prestasi yang anda dapatkan, ertinya dia iri hati pada anda. Orang yang tidak senang dengan kejayaan yang anda dapatkan adalah bukan kawan yang baik.
Bercakap di belakang
Anda pasti akan tahu apabila orang membicarakan anda di belakang. Mereka menggosipkan tentang kehidupan anda dan mengejeknya di belakang. Orang-orang yang senang menggosipkan anda di belakang bukanlah kawan yang baik.
Memanfaatkan
Ada pula jenis kawan yang hanya mahu memanfaatkan anda untuk keuntungan peribadi. Apabila dia sudah mendapatkan sesuatu yang diingini, dia akan meninggalkan anda. Untuk itu, jika teman anda hanya menelefon anda ketika ingin diajak pergi ke tempat yang menyeronokkan, bermakna dia hanya memanfaatkan anda.
Sumber: Aliffchannel 2017

Timun Laut yang kini Menjadi Rebutan .



KOTA TINGGI – Sebuah kapal besar berlabuh di perairan antarabangsa manakala berpuluh bot kecil yang dinaiki nelayan warga Vietnam, sebahagiannya bersenjata dikesan memasuki kawasan Malaysia bagi mencari timun laut yang begitu banyak di perairan Johor.

Berlayar hampir 1,400 kilometer dari kampung halaman ke laut selama hampir dua bulan, termasuk menghabiskan masa menangkap ikan di perairan Sedili di sini.
Mereka kembali ke kapal besar apabila muatan penuh bagi menyimpannya di dalam bilik beku yang dipenuhi ikan dan timun laut.
Kemudiannya mereka kembali ke Vietnam dengan tangkapan bertan-tan yang bernilai jutaan ringgit, terutama di China.
Isu pencerobohan semakin berleluasa menyebabkan masalah serius buat nelayan tempatan yang diancam oleh kapal-kapal besar dan senjata.
Mereka yang menceroboh juga menggunakan pukat harimau yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang besar kerana penggunaannya mengikis dasar perairan laut.
Pasaran tempatan bagi hasil ikan turut terjejas, menyebabkan harga meningkat lebih 50 peratus secara purata berbanding tahun lalu.
Contohnya, Ikan Kembung yang kebiasaannya berharga kira-kira RM6 sekilogram (kg) naik mendadak antara RM10 dan RM12.
Pengarah Maritim Wilayah Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Adon Shalan berkata, kesemua bot berkenaan kini menjadi masalah berikutan mereka tahu mencari jalan keluar bagi mengelakkan daripada dikesan.
“Setiap kali mereka lihat bot peronda kami, mereka segera pergi ke perairan antarabangsa bagi mengelakkan daripada ditahan,” katanya.
Beliau menambah, APMM turut mempergiatkan operasi bagi membanteras sebarang pencerobohan kapal nelayan asing.
Namun Adon percaya sindiket itu bersekongkol dengan rakyat tempatan yang menjadi sumber maklumat buat mereka.
“Setiap kali kita dapat mencari kapal dan mengarahkan pasukan untuk membuat tangkapan, mereka segera meninggalkan perairan antarabangsa,” katanya.
“Kita tidak boleh membuat pendakwaan untuk menangkap mereka kerana mereka berada di perairan antarabangsa.
“Malah kalau kita tangkap mereka, sindiket-sindiket ini mempunyai banyak wang untuk melantik peguam bagi mewakili mereka,” katanya, sambil menambah nelayan-nelayan terbabit juga mampu membayar denda.
Tambah Adon, APMM mempunyai maklumat bahawa sebahagian mereka memiliki parang dan senjata api.
“Kita berharap dengan Pangkalan Maritim Abu Bakar di Batuan Tengah akan membantu kita memantau dan membanteras aktiviti-aktiviti haram di perairan Johor,” katanya.
Menurut sumber, APMM menasihatkan komuniti nelayan di bahagian timur Johor supaya tidak terbabit dengan kapal-kapal milik warga Vietnam dalam apa cara sekalipun demi keselamatan mereka.
Pada 23 Mei lalu, Jabatan Perikanan Johor menahan 22 nelayan warga Vietnam, berusia antara 19 dan 4

5 tahun, dan merampas hasil timun laut bernilai RM5 juta dari tiga bot. – Mynewshub

Mari lihat video berkenaan timun laut di bawah:-

HEBAT ! Rahsia gadis ini memiliki kulit flawless gituuu.

Baru-baru ini ramai wanita yang ingin mempunyai kulit yang flawless .. terdapat beberapa cara yang boleh didapati untuk memiliki kulit flawless .

Mari kita lihat salah sorang wanita yang kongsi cara untuk kulit menjadi flawless.

Hanya dengan campuran halia segar, cuka dan madu, dalam beberapa hari bintik hitam pada wajah terus pudar.
Wanita berusia 43 tahun di bawah ini hanya menyapu campuran bahan ini selama beberapa minggu, dan wajahnya kembali berseri seperti gadis muda 20 tahun!

Bukan saja wanita, lelaki pasti suka juga dengan tips ini, kerana mudah, cepat dan semulajadi.


Ini ialah gambar sebelum wanita itu sebelum kulitnya berubah menjadi flawless.
Bahan-bahan: Halia segar, cuka dan madu. (Bahan dapur je…)



1)Cuci halia sehingga bersih
Masukkan dalam balang dan tutupkan rapat.



Masukkan balang tersebut kemudian dalam peti sejuk selama sehari.

2)Keluarkan balang daripada peti sejuk,buka dan masukkan madu kedalamnya dan tunggu 30 minit.

Siap! Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi.

3. Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada wajah dan bahagian yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam suam panas.
Tadaaa, anda pasti terkejut dengan hasilnya.Kulit akan berudah kepada putih, dan bersinar. P/S:SENSITIVITI=Jika selepas membuat semua di atas dan timbul kemerahan dan terasa panas di kulit muka,segera jumpa dengan doktor . Semoga Bermanfaat :) SUMBER:ALIFFCHANNEL


Foto: How

Aliff aziz kini BERDAMAI dengan isterinya setelah sedar akan kesilapannya.



Pelakon terkenal Malaysia dan Singapura yang baru-baru ini tular di media sosial dek kerana "curang"dengan isterinya bella , kini berharapkan satu sinar baharu apabila memberi kenyataan yang beliau mahu berdamai.
"Maafkan saya sebab tak menjawab sebarang panggilan semalam. Bukan sengaja, tapi saya sibuk menguruskan perkara lain.
"Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku.
"Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap," katanya.
Aliff turut menjelaskan dia sudah pulang ke rumah sejak semalam untuk bertemu isteri, anak dan keluarga mentuanya.
"Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya.
"Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.
"Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan," katanya.
Bagi menjawab segala persoalan mengenai isu ini, Aliff dan Bella bakal mengadakan satu sidang media khas di Bukit Jelutong, Shah Alam, esok.
Menurut Aliff, pada sesi itu dia akan menjelaskan perkara yang patut sahaja terutama membabitkan rumah tangganya.
"Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham. Tidak ada lagi cerita yang bukan-bukan diperbesar-besarkan. Saya pun kalau boleh tak nak isu ini berpanjangan.
"Saya yakin akan ada soalan yang menyentuh pihak lain. Saya nak maklumkan awal-awal, perkara itu memang takkan diperkatakan. Bagi saya perkara ini membahayakan.
"Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka. Apa yang penting adalah rumah tangga dan keluarga saya sekarang," katanya.


Pihak kami berharap semoga hubungan yang dibina kekal sehingga ke jannah dan isu seperti ini tidak lagi diulangi . In Sha Allah. AMIN

SUMBER:HM

Comments