Dewasa ini semua orang mahukan tubuh badan yang tegap dan sado. Tapi, jangan hanya badan je sado, kesihatan pun perlu dititik beratkan.
Baru-baru ini kita sering lihat barisan pelakon Polis Evo 2 yang sedang giat menjalani latihan di gimnasium bagi membuat persiapan sebelum sesi penggambaran dimulakan.
Zizan juga dikatakan semakin serious untuk mendapatkan susuk badan yang sado katanya sebab nak sama macam pelakon Arnold Shwazenegger. Bukan main Zizan, tinggi impian dia tu. Bilalah agaknya Zizan boleh dapat badan sado macam tu ya?
Apa pun, sama-sama kita tunggu berita baik daripada pelakon atau pun pengarah filem ini… Agak-agaknya bila lah Polis Evo 2 ni nak ditayangkan? Ramai dah yang tak sabar nak tunggu.
Tapi sebelum nak tunggu Polis Evo 2, bolehlah tunggu juga 24 Ogos ini sempena tayangan filem Abang Long Fadhil 2 yang juga menampilkan lakonan hebat Zizan. Hebat betul Zizan ni, makin lama makin banyak watak ‘abang kawasan’ yang dia pegang. – MYNEWSHUB.CC
Semoga usaha zizan untuk menjadi sado akan berhasil. Mari sama2 mendoakan yang terbaik untuk beliau.
0 Komentar