Terkini1

Akhirnya, Fizz Fairuz Umum Nikahi Almy Nadia




Pernah dihimpit kontroversi apabila kisah pertunangannya tidak menjadi, kini Fizz Fairuz akui dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan.

Fizz ketika ditemui di set pengambaran filem Cicakman berkata dia kini sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh terdekat ini.

Selepas mengikat pertunangan Oktober lalu, Fizz mengumumkan dia sedang giat membuat persiapan majlis pernikahannya bersama Almy Nadia yang bakal berlangsung pada 30 Mei 2014 ini di Pulau Pinang.
Fizz dan Almy bakal berkahwin Mei ini

“Alhamdulillah, setelah lapan tahun bercinta, akhirnya kami akan melangsungkan perkahwinan tahun ini. Setakat ini, semua persiapan sedang dibuat dan kebanyakkannya diuruskan oleh Almy sendiri.

Majlis resepsi akan dibuat di Pulau Pinang dan kampung saya sendiri iaitu di Raub. InsyaAllah, kami akan membuat majlis resepsi khas buat peminat di Kuala Lumpur.

Fizz berkata dia ingin membuka lembaran baru buat dia dan Almy dan tidak mahu lagi mengenang kontroversi yang sudah lama berlalu mengenai pertunangannya dahulu.

Ditanya mengenai majlisnya nanti, Fizz berkata majlis resepsi akan dibuat secara sederhana dan dia memberikan Almy sebanyak RM20,000 sebagai wang hantaran.

Untuk pengetahuan peminat jejaka kacak ini, dia dan Almy bakal berbulan madu di Maldives atas tajaan Astro. Apapun buat semua  marilah sama-sama kita ucapkan tahniah buat bakal pengantin ini. Semoga ikatan yang dibina mampu bertahan hingga ke akhir hayat.
Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments