Setiap wanita yang hamil mengalami pelbagai alahan yang berbeza. Ada yang tidak boleh makan nasi, muntah-muntah, tidak boleh hidu sesetengah bau dan sebagainya.
Namun alahan pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya memang agak pelik dan jarang didengar. Al-maklumlah kandungan yang pertama biasanya memang banyak ragam.
Selain daripada alergi mendengar deringan telefon dan tidak mampu bersolek, isteri kepada Awal Ashaari ini juga tidak boleh melihat orang berambut perang.
Saya tidak boleh bersolek sangat dan tidak boleh bersiap, sampaikan saya tidak larat untuk melakukan apapun. Mahu keringkan rambut pun tak boleh. Lebih teruk, saya tidak boleh tengok orang berambut perang, akhirnya saya akan rasa pening dan loya. – Kosmo! Online
Bagaimanapun sejak kandungannya memasuki usia empat bulan, alahan itu semakin berkurang tetapi Scha mudah terasa penat sejak kebelakangan ini.
Disebabkan itu juga, Scha kini sudah mengurangkan aktiviti bekerja untuk berehat dan memberi lebih perhatian kepada kandungannya.
Memandangkan usia kandungan saya masih baru dan ini pengalaman pertama saya hamil, saya menjadi takut. Saya perlu jaga betul-betul dan pertimbangkan banyak aspek untuk menerima tawaran berlakon atau mengacara. Namun, komitmen lama saya masih teruskan contohnya Muzik Muzik yang hanya perlukan saya sekali setiap minggu.
Untuk pengetahuan anda, berat badan Scha juga telah turun sebanyak empat kilogram sepanjang tempoh kehamilan. Apa yang penting, semoga kesihatan Scha dan bayi di dalam kandungannya sentiasa terjaga.
0 Komentar