Terkini1

Anzalna Hampir Kena Jual di Thai & Singapura

Kalau dah kaki menipu dan niat hanya mahu mendapatkan wang secara mudah, ramai dah yang terkena. Artis juga tak terkecuali, antaranya ialah Anzalna yang pernah ditawarkan kerjaya lumayan di Singapura dan Thailand oleh seorang lelaki yang kini dikhabarkan telah ditahan pihak berkuasa.


Kata Anzalna lelaki berkenaan pernah berjumpa dengannya beberapa kali dan menawarkan banyak janji manis.

"Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi.

"Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia ‘propa’ sangat bila bercakap.

"Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya," cerita Anzalna lagi.

#Nasib baikkk...klau tak, silap2 Anzalna pun dia jual klau ikut gi kat Thai ngan Sing tu....
Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments