Kasihan sungguh Murai Batu dengan pengacara dan pelakon Neelofa. Tak sudah-sudah dilanda kontroversi.
Nasib baiklah, Neelofa ni seorang yang kuat dan tabah. Kalau tidak, boleh jadi gila jugak kalau dilayan beberapa kontroversi tersebut.
Terbaru, entah siapalah yang mendajalkan Neelofa apabila melakukan gambar superimposed yang memperlihatkan aksinya sedang memeluk seorang VVIP. Yang tidak sedapnya tu, VVIP itu adalah dari kalangan menteri.
Terus-terang Murai Batu sendiri pun rasa tak sedap memandang gambar tersebut dan Murai Batu rasa tindakan orang yang melakukan superimposed gambar tersebut memang sangat melampau, kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Kalau pun tak suka dengan Neelofa, janganlah sampai buat gambar superimposed yang macam tu. Sebab, gambar superimposed yang bukan-bukan macam ni, memang boleh mengundang huru-hara.
Nanti tak pasal-pasal orang ingat Neelofa berskandal pulak dengan VVIP tersebut. Dan, tak pasal-pasal jugak pelbagai masalah akan timbul melibatkan VVIP itu dengan rumahtangganya serta Neelofa bersama keluarga dan orang yang tersayang.
Entahlah Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa lagi. Daripada buat gambar superimposed macam tu, lebih baiklah buat kerja-kerja lain yang lebih berfaedah.
0 Komentar