Terkini1

Rogol bekas juara Mentor wanita, setahun tanggung aib

Bayangkan setahun tanggung aib dituduh merog0l, apa perasaan anda? mana nak letak muka malu tu... walaubagaimanapun kes ini dianggap selesai apabila tertuduh bebas dari kesalahan tersebut. Teruskan membaca selanjutnya...


Kuala Lumpur: “Malu memang malu, tapi yang penting sekarang saya bebas daripada pertuduhan itu,” jelas penyanyi, Mohd Mentor mengenai pertuduhan kes merog0l seorang penyanyi wanita pada awal tahun lalu.

Mohd atau nama sebenarnya Mohamad Izwan Mohamad Nor, 26, berkata, selepas hampir setahun berdepan aib dan kemelut menjejaskan periuk nasinya, dia menerima berita gembira itu apabila dibebaskan sekitar September tahun lalu apabila kes itu ditutup kerana tidak ada bukti.

Susulan itu, juara Mentor musim keempat ini berkata, dia turut berhasrat mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan secara terperinci kes terbabit.

“Kalau ikut marah, memang ada marah lagi. Bayangkan aib hampir setahun, tapi paling penting saya sudah bebas daripada pertuduhan memalukan itu,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam.

Mohd berdepan pertuduhan itu selepas dia didakwa merogol peserta Mentor 5 iaitu Noor Nazatul Farahin atau Zatul, 25, 31 Januari tahun lalu di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.

Berikutan itu, Mohd direman lima hari bermula 5 Februari 2013 mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mer0gol.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan siasatan berjalan, Mohd akhirnya dibebaskan daripada kes itu apabila polis mendapati pertuduhan dikemukakan tidak mempunyai bukti.

Mohd berkata, keputusan mengumumkan status kes itu kepada khalayak menerusi sidang media wajar dilakukan agar kekeliruan dan persepsi buruk yang timbul dapat dipulihkan semula - Hmetro Online

Demi Kerana Kasihkan Ayah


Demi kerana kasihkan bapa, seorang anak, Guo Shijun sanggup membawa bersama bapanya yang lumpuh untuk tinggal di dalam bilik asrama di universitinya, bagi memudahkan dia menjaga lelaki berkenaan.

Meskipun berdepan dengan cabaran dan kesukaran menguruskan bapanya yang hanya terbaring di atas katil, Shijun berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan di universitinya.

Shijun, 20, berasal dari keluarga miskin dan ketika kecil, dia berdepan dengan pelbagai masalah malahan ibunya juga menghidap penyakit mental.

Sejak itu, Shijun dan bapanya menjaga wanita itu namun malang menimpa apabila bapanya terjatuh daripada jambatan setinggi 15 meter ketika sedang bekerja di Anhui.

Keadaan ini menyebabkan bapanya menjadi lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah.

Ketika berdepan dengan masalah itu, Shijun tidak putus asa malah mendapat gred cemerlang di sekolah hingga melayakkannya memasuki universiti.

Bagi memudahkannya menjaga bapanya, dia meminta kebenaran pihak universiti untuk membawa lelaki itu ke asramanya.

Sementara ibunya pula ditinggalkan dengan datuk dan neneknya.

Bagi membiayai kos menjaga bapanya itu, dia meminjam wang daripada rakan dan keluarga termasuk bayaran tuisyen.

“Saya tidak boleh katakan bahawa kehidupan ini adalah mudah namun saya tidak mahu mengeluh.

“Saya berdoa selepas saya tamat belajar nanti, keadaan akan menjadi lebih baik,’’ katanya. – MyNewsHub

Berkahwin selepas mengandung tidak sah?



SOALAN:
Baru-baru ini tersebar melalui WhatsAps yang menyatakan bahawa pasangan yang berzina dan kemudiannya perempuan itu mengandung.

Mereka berkahwin ketika perempuan itu masih mengandung demi menutup malu - perkahwinan itu tidak sah. Mereka dikira berzina sepanjang hidup kecuali dikahwinkan semula selepas bersalin anak zina tersebut.

Minta penjelasan Ustazah.

JAWAPAN:
Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya. Sekiranya wanita itu berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya yang menyebabkan dia mengandung maka dibenarkan bersama dengan lelaki tersebut. Sekiranya dia berkahwin dengan lelaki penzina  berkenaan dan kandungannya belum mencecah usia enam bulan maka apabila lahir nanti anak tersebut boleh dinasabkan kepada lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun perlu diingat dosa perbuatan zina antara mereka tetap tidak terlepas. Sebagaimana hukum jenayah zina, kalau yang berzina itu belum pernah berkahwin atau pun dengan istilah teruna dan dara mereka di hukum sebat seratus rotan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”

Sekiranya si penzina itu pernah atau sudah berkahwin maka ia mesti melalui hukuman rejam sampai mati. Sebagaimana perbuatan zina yang dilakukan oleh Maiz al-Aslami dan al- Ghamidiyyah.

Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Lelaki yang sudah berkahwin (as-syaikhu) dan Perempuan yang sudah berkahwin (as-syaikhatu) apabila mereka berzina , hendaklah direjam kedua-dua mereka."


Oleh Dr. Ustazah Asiah Ali

Maya Karin Bercinta Dengan Bront Palarae




“AKHIRNYA
 saya dapat bercinta dengan Maya,” kata aktor, Bront Palarae mengenai lakonannya menerusi filem Sejoli terbitan Grand Briliance, kelmarin.

Biarpun bukan kali pertama bekerjasama dalam sesebuah lakonan, namun menerusi filem terbaru Sejoli dua pelakon ini buat pertama kalinya digandingkan sebagai pasangan.

“Sebelum ini, kami hanya berkawan dalam lakonan dan inilah kali pertama saya dapat rasa bercinta dengan Maya,” katanya berseloroh.

Pada masa sama, Maya turut akui lakonannya bersama Bront kali ini tidak memiliki sebarang masalah kerana mereka pernah digandingkan sebelum ini.

“Saya seronok dapat berlakon bersamanya tambahan pula kami memang berkawan di luar set.

“Jadi untuk dapatkan keserasian dalam hidupkan watak memang tidak ada masalah,” ujarnya yang pernah membintangi filem Halal di samping aktor itu.


SUMBER:MukaGebu.blogspot.com

Anak Perempuan 7 tahun Mati Dikelar Bapa Sendiri


Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.
    
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
    
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
     
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
    
Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.
    
"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
    
"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.
    
Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
    
Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu
    
"Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.
    
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
    
"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
    
Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.
    
Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.
    
Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera.
    
Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu. - Bernama

Kejamnya Zionis : Warga Palestin ditembak mati semasa bekerja.



Muhammad Mubarak,22 dari kem pelarian Al Jalazun mati ditembak dari belakang sebanyak 3 kali oleh askar zionis, sebelum pendarahan dibiarkan berlaku tanpa membenarkan ambulan menghampiri remaja tersebut.

Ahli keluarga mereka berkata, Mubarak dan rakan-rakan lain sedang membaiki jalan Ein Senia iaitu sebuah projek dibiayai USAID, berdekatan dengan checkpoint Israel.

"Semasa dia bekerja, beberapa askar Israel menghampiri dan menahan Mubarak. Askar zionis memaksa untuk membuka baju kemudian mengenakan baju itu semula. Kemudian mereka menyuruh Mubarak berjalan beberapa langkah dan memusingkan badan, lalu menembak Mubarak.

Askar zionis menghalang ambulan dan medik daripada menghampiri Mubarak"

Gambar kiri: Beliau memakai baju yang bergambarkan wajah remaja 13 tahun, Wajih al-Ramahi juga dari Al Jalazun, yang mati ditembak semasa berada di hadapan sekolahnya. [Ph]


30 Fakta Menarik Tentang Seorang Wanita

30 Fakta Menarik Tentang Seorang Wanita

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Sumber:Amekaw.com

20 Fakta Menarik Tentang Islam

20 Fakta Menarik Tentang Islam

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.
1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.
2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.
3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24. clik sini untuk melihat persamaan matematik yang lain.
5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.
6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).
9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11.
10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi.
11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya.
13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.


Sumber:Amekaw.com

Qi Cuba Terima Hubungan Nelydia & Sharnaaz


Jika ada yang masih ingat, kira-kira sebulan lepas Qi Razali ada mengemaskini status di Twitter berbaur cemburu apabila ternampak foto Sharnaaz Ahmad bergambar mesra dengan kekasihnya, Nelydia Senrose.

Terperanjat melihat gambar tersebut dan ditambah pula dengan keadaan diri yang tidak berapa sihat pada masa itu, ia sekaligus membuatkan Qi terasa hati.

Bagaimanapun sebaik mendapat penjelasan dari Nelydia, Qi kemudiannya mendapat tahu ia hanya sekadar adegan lakonan di dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Biarpun gambar-gambar mesra antara Nelydia dan Sharnaaz masih lagi dikongsikan di laman sosial, namun Qi akui sedang dalam proses untuk menerima hakikat bahawa hubungan mereka dicipta sekadar untuk mempromosikan drama berkenaan.

Setelah berbincang dengan Nelydia, saya dah faham semua ni. Walaupun mungkin saya tak boleh terima orang lain mendekati pasangan saya tapi ini bidang kerjaya dia. Jadi saya kena faham situasi sebenar dan berharap ini cuma permainan dalam fikiran sahaja. Professional itu penting.

Saya masih lagi cuba untuk terima. Gambar tidak menjadi hal kerana saya tahu ianya adalahfootage dalam drama berkenaan, cuma caption yang diletakkan kalau boleh tidak perlu sampai begitu sekali. Tapi itu sekadar pendapat saya kerana bagi saya setiap orang mempunyai cara bekerja yang berbeza. Dan mungkin itu adalah cara dia (Sharnaaz).

Seperti manusia lain, Qi juga tidak terlepas dari menyimpan hasrat untuk menamatkan zaman bujang memandangkan usianya pun hampir mencecah 40-an.

Memang nak berkahwin secepat mungkin, umur saya pun dah masuk 37 tahun tapi kalau ada perkara yang melengahkan untuk membuatkan kami lebih mengenali sebelum berkahwin, saya tidak kisah untuk tunggu.

Qi yang ditemui sewaktu majlis pelancaran program Selebriti Materniti Yasmin Hani di Damansara malam semalam turut mendedahkan sudah berbincang dengan keluarga Nelydia mengenai ini.

Ada berbincang dengan Nelydia dan keluarga dia tapi kalau boleh biarlah kami lepaskan Uqasha selesaikan majlis perkahwinannya dengan Pekin dulu.Ditanya sama ada Qi akan meletakkan sebarang syarat kepada Nelydia di dalam bidang lakonan selepas bergelar suami isteri nanti, pengacara dan pelakon itu pantas menjawab ianya tidak akan berlaku.

Saya tak pernah halang dan tidak akan letak syarat untuk dia berlakon selepas kami berkahwin nanti. Tapi kalau dapat tawaran berlakon di Hollywood tu mungkin saya tak benarkan.

Namun begitu, adik ipar kepada Yasmin Hani ini sebenarnya lebih selesa sekiranya Nelydia memegang watak yang menutup aurat.

Saya suka bila dia bawak watak perempuan bertudung, rasa lembut hati bila tengok. Kalau dia boleh terus bertudung selepas ni, Alhamdulillah. Saya akan cuba bagi dia petunjuk dan bimbingan sehingga dia benar-benar bersedia untuk berhijab nanti. Benda ni tak boleh dipaksa, biar dia lakukan perlahan-lahan.

Puteri Sarah Liyana sudah di 'rasa' oleh Ammar Alfian


Assalamualaikum

ini bukannya mereka-reka cerita....tapi sudah terang lagi bersuluh kot, Ammar Alfian yang cakap dalam Twitternya....tapikan, ermmm...taktau la nak cakap apa....macam2 la orang zaman sekarang ni....ntah kena hack ke si Ammar ni, ke memang betul....








apa2 pun, Allah SWT knows everything..

Takbir Azan Solat Buka Pintu Hati Lucy Peluk Islam


TIAP kali kedengaran azan Maghrib yang merdu berkumandang, hatinya jadi tenang.

Segala perasaan celaru akibat tekanan kerja dan masalah lain entah bagaimana bertukar menjadi selesa.

Itu yang dirasai Lucy Embang  selama tiga tahun lamanya, sekalipun ketika itu beliau belum memeluk Islam.

Ia antara faktor yang menggamit anak kelahiran Bintulu, Sarawak itu memeluk Islam apabila melafaz kalimah dua syahadah di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Lucy berbuat demikian dengan dipimpin Pegawai Pemudahcara dan Perhubungan dari Islamic Outreach ABIM (IOA), Khalid Abdul Samad dengan disaksikan ratusan jemaah seusai solat Jumaat.

IOA ialah pertubuhan dakwah menerusi pelbagai program ilmu kepada masyarakat bukan Islam bagi meningkatkan kesedaran dan minat terhadap Islam.

Dan saat melafaz kalimah itu, perasaan diselubungi terharu yang mendalam apatah lagi kemasukannya dalam Islam disambut ratusan jemaah masjid sedangkan beliau hanya ‘insan biasa’.

“Sedih, terharu. Saya tak pernah rasa sebelum ini. Kita tahu kehadiran kita di sekeliling mereka walaupun tak kenal tapi mereka beri sokongan dan sambutan dan sokongan pada kita,” katanya kepada Selangor Kini.

Lucy atau nama Islamnya, atau nama Islamnya, Nurul Iman Jannah Abdullah  tidak ditemani ahli keluarga sebaliknya hadir bersama keluarga angkat dan rakan-rakan karibnya sewaktu peristiwa bersejarah di dalam hidupnya itu.

Pun begitu, keluarganya yang masih Kristian tidak menyatakan bantahan keras terhadapnya, sekadar memberi peringatan terhadap langkahnya itu.

Nurul Iman pula – sekalipun sudah memeluk Islam tekad akan taat kepada ibu bapanya walaupun berlainan pegangan.

“Saya akan hormati mereka. Mereka tetap ibu bapa saya,” katanya yang mengakui keluarganya bukan pengamal Kristian yang kuat dan ia mungkin mendorongnya tercari-cari jalan yang satu.

“Di Sarawak, ada beragama Kristian, ada pengamal ajaran berunsur spiritual. Pesta Keamatan pun saya sambut, Hari Krismas pun saya sambut. Sekarang saya mahu jalan yang satu sahaja,” katanya.

IMG_1368a

Sebenarnya, sejak kecil lagi Nurul menunjukkan minat terhadap Islam dan adat Melayu apabila gemar berbaju kurung tapi hanya berpeluang sewaktu menuntut di sekolah menengah.

“Saya lihat kawan-kawan yang memakai baju kurung macam cantik tetapi ibu bapa melarang kerana kami bukan Islam. Sampailah sekolah menengah, baru saya boleh rasa perasaannya memakai baju kurung itu.

“Sekarang baru saya sedar, petunjuk awal saya memeluk Islam ada sewaktu kecil biarpun hanya setakat pakaiuniform,” katanya yang berusia 24 tahun dan belum berumah tangga.

IMG_1387aBeliau mula serius mendekati Islam ketika bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Damansara.

Minat terhadap Islam membuatkannya sering bertanya kepada rakan-rakan sekerja beragama Islam bagi mendapatkan penjelasan.

“Penjelasan mereka sedikit sebanyak memberi saya pengetahuan,” katanya yang sentiasa bertanya sebarang kemusykilan mengenai Islam kepada mereka yang lebih tahu.

“Saya harap mereka akan menerima saya dengan hati yang terbuka,”

Pasangan Warga Emas Minum Air Kencing Untuk Awet Muda

Pasangan Warga Emas Minum Air Kencing Untuk Awet Muda
Pasangan Warga Emas Minum Air Kencing Untuk Awet Muda
Pasangan Warga Emas Minum Air Kencing Untuk Awet Muda | Terkedu bila membacanya, ada juga yang sanggup minum air kencing sendiri untuk kekal sihat dan awet muda. Tak percaya?? jom kita baca..
Sepanyol – Dalam era zaman moden di mana orang ramai menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan untuk kelihatan muda, ada juga manusia yang sanggup melakukan perkara jijik dan meloyakan, semata-mata kerana mahu mengelak diri dimamah usia.
Ia termasuk meminum air kencing sendiri kerana percaya najis tersebut mampu menjadikan seseorang itu awet muda dan penawar yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.
Individu tersebut adalah warga emas, Mark Ambrose yang berusia 91 tahun. Dia yang bersekedudukan dengan teman wanitanya, Joyce yang berusia 85 tahun itu, akan meminumsegelas air kencing setiap hari.
Ambrose bagaimanapun tidak dapat menyakinkan Joyce untuk melakukan perkara sama.
“Kami berdua mempunyai masalah kesihatan yang teruk. Tulang belakang saya mengalami kerosakan yang teruk manakala Joyce pula berdepan dengan masalah sakit lutut, mata dan penyakit lain yang dialami oleh orang tua,’’ kata Ambrose.
Selepas mendapat penyakit itu, Ambrose telah membuat kajian di internet dan dia kemudiannya menemui terapi air kencing.
Setelah usaha untuk menyembuhkan penyakit tulang belakangnya dengan doktor menemui kegagalan, dia beralih kepada air kencing, sejak tiga tahun lalu.
Pada mulanya, kata Ambrose, dia hanya merasa sedikit air kencingnya selama beberapa hari sebelum mempunyai keberanian untuk minum dalam sukatan yang lebih besar.
Bagi menghilangkan rasa air kencing dalam mulutnya, dia akan makan buah anggur atau berkumur dengan air.
Selain meminum air kencing itu, dia juga menyapunya ke muka, tangan dan kaki, kelopak mata serta telinga kerana percaya najis itu mampu mengatasi masalah kesihatan dengan efektif.
P/S: Aneh bukan, tapi ada juga kajian yang tlah dibuat tentang air kencing sebagai rawatan kesihatan. Tak sanggup lah saya minum air kencing sendiri. Banyak lagi alternatif lain untuk jadi sihat dan kuat. Wallahualam.

Sumber : gilerkentang.com

Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Hancur ego lelaki Zain Saidin dengan tajuk sebegini. Pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru baru telah terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk bercuti bersama sama dengan beberapa orang rakan mereka.
Itu cerita sampingan, maklumlah pengantin masih baru bercuti ke luar negara begini masih boleh dianggap berbulan madu. Rozita Che Wan dalam kenyataan terbaru beliau kepada media berkongsi rasa teruja untuk hamil lagi.
“Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya pun sudah berusia 16 tahun,” ujar Rozita Che Wan kepada portal GUA baru baru ini.
“Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata,” tambahnya yang juga mengakui percutian ke Bali merupakan bulan madu kedua.
Rozita Che Wan turut berkongsi yang beliau berasa kekok sehingga tidak boleh tidur malam pada awal perkahwinan namun kini sudah semakin selesa hidup bersama suami, Zain Saidin.

Hafiz Hamidun Terdesak Mahu Kahwin, Reda Keputusan Heliza

Hafiz Hamidun Terdesak Mahu Kahwin, Reda Keputusan Heliza

Hafiz Hamidun Terdesak Mahu Kahwin, Reda Keputusan HelizaHafiz Hamidun yang sememangnya dikenali dengan lagu-lagunya yang berunsur dakwah yang moden, tidak kisah menceritakan tentang kisah cinta dan hasrat hatinya.
Pernah sebelum ini dikaitkan dengan beberapa wanita, Hafiz juga nampaknya reda apabila seorang wanita Indonesia yang menjadi pilihan hatinya rupa-rupanya sudah berpunya.
Terbaru, Hafiz yang sememangnya sudah lama menyuarakan untuk memperisterikan pendakwah bebas, Heliza Helmi. Namun yang peliknya, Heliza menafikan perkara ini kerana katanya, beliau tidak menerima sebarang berita mahupun risikan dari pihak Hafiz.
“Saya hanya menjawab soalan beberapa pihak yang bertanya saya. Saya kenal dia sejak 2008. Ramai yang kata kami sepadan. Jadi bila orang tanya tentang kami, saya katakan kalau ada jodoh saya tak menolak. Apapun saya menghormati apa saja keputusan dia”, kata Hafiz.
Hafiz tidak mahu dilihat sebagai terdesak oleh kerana sikapnya yang terbuka bercerita tentang  pilihan hatinya.
Namun katanya, “Tahun ni, saya dah masuk 30 tahun. Bila tengok kawan-kawan yang sudah berkeluarga, saya rasa nak sangat melalui kehidupan seperti mereka. Saya akui saya terdesak. Terdesak nak ada keluarga sendiri.”
“Selama ni saya memang tak ramai kawan. Tapi sejak akhir-akhir ini saya dah semakin aktif di laman sosial twitter dan Facebook. Bahkan sekarang ni saya dah mula mengenali secara rapat beberapa gadis. Saya mencari seorang calon isteri yang boleh menerima, mencintai saya dan berkongsi kebahagian dengan saya.”
Begitu kisahnya rupanya. Tidak mengapalah, Hafiz. Kami pasti akan ada wanita yang sesuai untuk anda.
Mengikuti perkembangan terbaru beliau, Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun bakal diadakan pada 1 Februari ini bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang. Ini merupakan konsert solo ketiganya, selepas dua konsert sebelum ini yang telah berjaya dianjurkan di Kuala Lumpur dan di Johor Bahru.

Maya Karin dedah gambar wajah kekasih baru




Maya Karin dedah gambar wajah kekasih baru - Jarang sekali kita dengar kontroversi yang mengaitkan nama Maya Karin. Kalau ada pun, ianya tidak terlalu diperbesarkan peminat dan terus dilupakan begitu sahaja kerana pelakon filem Ombak Rindu itu lebih suka berdiam diri dan tidak melayan karenah mereka.

Bercakap tentang teman pengganti, Maya Karin baru-baru ini telah mendedahkan sekeping gambar yang tertera wajah kekasih barunya. Lelaki bertuah itu memang kacak dan segak orangnya.

Menurut aktres berusia 34 tahun itu, kekasih hatinya bukan dari kalangan industri hiburan dan mereka sudah bercinta sejak enam bulan lalu. Setakat ini, Maya karin mengakui bahagia dan gembira dengan kehadiran jejaka itu.

“Alhamdulillah saya cukup bahagia sekarang. Saya sudah mempunyai teman istimewa tetapi tak boleh didedahkan dahulu. 6 bulan sudah kami berkawan dan mengenali."

"Buat Sementara waktu ini saya tidak mahu bercakap lebih tentangnya kerana ianya masih baru lagi dan apabila sudah sampai masanya saya akan menceritakan kesemuanya.”

Bagaimanapun, Maya menolak untuk mendedahkan identiti lelaki yang berjaya membuka hatinya kembali untuk bercinta kerana takut disalahtafsir orang tidak bertanggungjawab dan berniat menjatuhkan maruahnya.

Mari skodeng sekeping gambar wajah kekasih baru Maya Karin di bawah. Kacak tak?


ANAK ZIANA ZAIN NASIHAT IBUNYA AGAR BERHIJAB


Memang kelakar... kerana kebiasaannya ibu bapa yang menasihati anak-anak agar menjaga tingkah laku dan menutup aurat. Namun entah kenapa, ia jadi terbalik dalam keluarga Ziana Zain, 46, apabila anaknya pula yang menasihati ibunya agar menutup aurat. Heh! 
Meskipun pahit untuk ditelan, tetapi nasihat anaknya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor yang menasihatinya agar memakai hijab serta menutup aurat didengar oleh Ziana dengan hati terbuka. 

 
"Aiman malah turut berpesan kepada saya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, saya perlu memakai hijab kerana tidak mahu memalukan sekolahnya. 

"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; "bila Mama nak pakai tudung"? Apabila saya cakap saya perlukan masa untuk mengambil keputusan bertudung, dia cakap"kita tak tahu bila kita akan mati"

"Aiman cakap kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana," ujar Ziana tanpa berselindung. 


 
Selain nasihat, Ziana turut kongsi pengalamannya setiap kali bertandang ke sekolah anaknya. Jelas Ziana, ramai juga rakan-rakan Aiman yang mengenalinya sebagai penyanyi dan pelakon dan mereka seronok bertemu dengannya. 

"Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam," katanya. 

"Biarpun beberapa kali saya sudah ditegur oleh Aiman tentang berhijab dan memakai menutup aurat, namun saya tidak pernah memarahinya. Malah saya bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti," ujar Ziana lagi dipetik sebagai berkata pada media.

Comments