Meskipun pahit untuk ditelan, tetapi nasihat anaknya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor yang menasihatinya agar memakai hijab serta menutup aurat didengar oleh Ziana dengan hati terbuka.
"Aiman malah turut berpesan kepada saya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, saya perlu memakai hijab kerana tidak mahu memalukan sekolahnya.
"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; "bila Mama nak pakai tudung"? Apabila saya cakap saya perlukan masa untuk mengambil keputusan bertudung, dia cakap"kita tak tahu bila kita akan mati".
"Aiman cakap kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana," ujar Ziana tanpa berselindung.
Selain nasihat, Ziana turut kongsi pengalamannya setiap kali bertandang ke sekolah anaknya. Jelas Ziana, ramai juga rakan-rakan Aiman yang mengenalinya sebagai penyanyi dan pelakon dan mereka seronok bertemu dengannya.
"Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam," katanya.
"Biarpun beberapa kali saya sudah ditegur oleh Aiman tentang berhijab dan memakai menutup aurat, namun saya tidak pernah memarahinya. Malah saya bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti," ujar Ziana lagi dipetik sebagai berkata pada media.
0 Komentar