
Muhammad Mubarak,22 dari kem pelarian Al Jalazun mati ditembak dari belakang sebanyak 3 kali oleh askar zionis, sebelum pendarahan dibiarkan berlaku tanpa membenarkan ambulan menghampiri remaja tersebut.
Ahli keluarga mereka berkata, Mubarak dan rakan-rakan lain sedang membaiki jalan Ein Senia iaitu sebuah projek dibiayai USAID, berdekatan dengan checkpoint Israel.
"Semasa dia bekerja, beberapa askar Israel menghampiri dan menahan Mubarak. Askar zionis memaksa untuk membuka baju kemudian mengenakan baju itu semula. Kemudian mereka menyuruh Mubarak berjalan beberapa langkah dan memusingkan badan, lalu menembak Mubarak.
Askar zionis menghalang ambulan dan medik daripada menghampiri Mubarak"
Gambar kiri: Beliau memakai baju yang bergambarkan wajah remaja 13 tahun, Wajih al-Ramahi juga dari Al Jalazun, yang mati ditembak semasa berada di hadapan sekolahnya. [Ph]
SUMBER:Mukagebu.blogspot.com
0 Komentar