TINGGAL beberapa jam sahaja lagi, akan berlangsung konsert malam Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-28 yang akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.
Antara peserta yang akan bertanding pada malam ini ialah Aizat Amdan yang bakal muncul bersama Noh Salleh dengan lagu mereka In Love With You.
Lagu dan lirik ciptaan Noh Salleh bakal berentap malam ini merebut kejuaraan Anugerah Juara Lagu ke-28 selepas lagu Terukir Di Bintang menjadi juara tahun lepas nyanyian Aizat dan Yuna.
Sebelum persembahan malam ini, Aizat berkongsi gambarnya sedang menunggu bermulanya konsert di bilik persalinannya di stadium.
Gambar itu menunjukkan kaki yang terlunjur dari bawah pintu sebuah bilik yang kecil.
“Aktiviti di bilik menunggu AJL, mengikut kreativiti anda,” kata Aizat melalui laman Instagramnya aizatamdan.
Aizat meminta para followersnya di Instagram membuat komen mengikut kreativiti mereka tentang apa yang sedang dilakukan sambil menunggu bermulanya AJL.
Apapun, kita ucapkan selamat berjaya untuk Aizat dan Noh untuk lagu mereka ‘In Love With You’ pada malam ini.

0 Komentar