Terkini1

Maya Karin Bercinta Dengan Bront Palarae




“AKHIRNYA
 saya dapat bercinta dengan Maya,” kata aktor, Bront Palarae mengenai lakonannya menerusi filem Sejoli terbitan Grand Briliance, kelmarin.

Biarpun bukan kali pertama bekerjasama dalam sesebuah lakonan, namun menerusi filem terbaru Sejoli dua pelakon ini buat pertama kalinya digandingkan sebagai pasangan.

“Sebelum ini, kami hanya berkawan dalam lakonan dan inilah kali pertama saya dapat rasa bercinta dengan Maya,” katanya berseloroh.

Pada masa sama, Maya turut akui lakonannya bersama Bront kali ini tidak memiliki sebarang masalah kerana mereka pernah digandingkan sebelum ini.

“Saya seronok dapat berlakon bersamanya tambahan pula kami memang berkawan di luar set.

“Jadi untuk dapatkan keserasian dalam hidupkan watak memang tidak ada masalah,” ujarnya yang pernah membintangi filem Halal di samping aktor itu.


SUMBER:MukaGebu.blogspot.com
Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments