Terkini1

Artis Jahit Cross Stitch Di Tapak Tangan


tangan
SEPANYOL – Seorang artis, sanggup mengetepikan kesakitan dengan menggunakan tapak tangannya sebagai kanvas untuk menjahit wajah-wajah anggota keluarganya, melalui projek Overexposed Emotions yang dilancarnya.
David Cata, 21, setakat ini sudah menghasilkan 20 potret gambar mereka yang berada dekat dengannya termasuk teman wanitanya, Tamara.
Setiap potret mengambil masa selama empat jam untuk disiapkan dan dia menggunakan pelbagai jenis benang untuk melakukan jahitan cross stitch di tapak tangannya itu.
Dengan menggunakan jarum, dia menjahit bahagian atas kulit di tapak tangannya itu bagi menghasilkan wajah tersebut.
Menakjudkan hanya sedikit darah yang kelihatan semasa proses itu dilakukan.
“Proses ini tidak menyakitkan kerana ia hanya dilakukan di permukaan tapak tangan, namun jika sakit sekalipun ia tidak akan mengganggu saya.
“Dengan menjahit wajah-wajah tersebut, saya lebih dekat dengan mereka yang memberikan  kesan dalam hidup saya termasuk keluarga, rakan dan guru,’’ katanya.
Setakat ini dia sudah menjahit wajah abangnya, Javier; datuknya,Cata;  ibu saudara , Fe; teman wanitanya, Tamara; nenek, Josefina; rakan, Carlos; guru, Ciuco dan ramai lagi.

Related Post

Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments